Bercinta tu best ke?

bercinta bahagiaBercinta.. ada apa dengan cinta?.. hurmmm.. bukan nak berdrama cuma ingin memberi pendapat dan pandangan tentang apa itu cinta.

Definisi “Cinta“.. cinta adalah sebuah perasaan yang ingin dikongsi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang.

Bagi Sue, CINTA ni merupakan perasaan kasih sayang, bahagia, tanggungjawab dan perasaan saling hormat menghormati tidak kira kepada pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan.

Kerana CINTA kita merasai bahagia, dan kerana CINTA juga kita boleh merana.

Bercinta ni sangat best bagi mereka yang tengah dilamun cinta, baru mula bercinta dan tengah hangat bercinta.. dan tak best bila tengah bergaduh, telah dikecewakan, pernah dikecewakan dan musnah diri akibat cinta.

Buta Kerana Bercinta

Sebab itu jangan jadi buta kerana cinta, tak nampak kebenaran yang ada di depan mata. Jadikanlah cinta itu sebagai satu medium untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

Nasihat Sue, sesiapa yang tengah hangat bercinta tu… tidak kira lah cinta kepada ibu ayah, adik-bradik, saudara mara, suami isteri atau kekasih hati, cintailah mereka seadanya.

Awas!! jangan mencintai mereka lebih daripada anda mencintai Allah Yang Maha Esa, nescaya cinta anda kepada mereka tidak akan kekal lama.

kunci cinta sejati

Perkara Perlu Ada Dalam Percintaan

  1. Nak bercinta ni perlu ada KEIMANAN yang tinggi kepada NYA, barulah percintaan kita itu tak dicemari oleh dosa-dosa yang boleh merosakkan cinta. Cinta suci orang cakap.
     
  2. Kena IKHLAS mencintai pasangan kita. Terimalah dia dengan seadanya.
     
  3. Sifat JUJUR sangat penting. Jujur dengan perasaan cinta itu dan jujur dengan pasangan. Elakan berahsia.
     
  4. Kena PERCAYA kepada diri sendiri dan pasangan. Jangan terlalu merendah diri dan jangan ada perasaan cemburu yang melampau terhadap pasangan.
     
  5. Mesti ada sifat SETIA barulah hubungan cinta tu kekal aman, bahagia selamanya.. InsyaAllah 🙂

Semalam dok selongkar file-file lama dalam laptop ni.. terjumpalah slideshow pasal CINTA.. nak uplod file dah hampir rosak. So sue taip lah balik, bleh share dengan korang.

Jom baca apa yang menarik. Moga ianya boleh menjadi panduan dan nasihat yang berguna untuk korang.

Titipan Kasih Sesuci Iman

Sekiranya kamu dapati dirimu
Menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu
Janganlah merasa tersisih…
Tiada salahnya menyintai seseorang…
Kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati sesiapa.

Sekiranya kamu dicintai
Oleh seseorang yang tidak kamu cintai
Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu..
Kembalikan penghormatan itu
Dengan cara yang ikhlas dan jujur
Janganlah mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta
Dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita
Dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi..
Tiada siapa yang harus dipersalahkan
Relakan cinta itu pergi… kerana setiap yang berlaku
Ada maksud yang tersembunyi.. dan kita akan menyedari..
Apabila masa silih berganti

Bagaimana kamu mengurusi cinta
Begitulah kamu mengurusi dirimu
Dan setiap hati dan perasaan
Mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
Sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
Kerana cinta itu sendiri
Akan memilih untuk singgah dihati sesiapa..
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu
Dengan segala misteri di dalamnya
Apabila ia datang mengetuk pintu hatimu..
Nikmatilah sebagaimana ia membuat hidupmu
Bahagia dan bebaskanlah ia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri..
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati kamu..
Untuk bercinta kita mesti berani
Janganlah takut pada kegagalan, tapi takutlah pada kemungkaran
Bersedialah menghadapi kegagalan
Sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita

Cinta tidak semestinya membawa
Kebahagiaan dan keindahan..
Cinta juga adalah pemusnah
Dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang..
Oleh itu berhati-hatilah
Dalam menyambut atau menerima
Huluran cinta dari seseorang itu

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis
Sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya..
Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud
Bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci..

Cinta itu satu seksaan jika tiada kepastian..
Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
Gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur
Berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan..
Apa jua keputusan yang bakal diterima…
Tabahkanlah hatimu selalu kerana tidak semua impian
Dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan..
Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal
Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah
Adalah segala-galanya.

Apa pendapat korang pulak? Bercinta tu best ke tak best?

15 Comments

    • @Pelaka Hati: ha’ah.. betul tu.. kadang2 susah gak nak bercinta ni.. kena jaga hati ramai orang.. ramai yang sensitip.. :ermm:

  1. Setuju sangat part cinta kepada Tuhan tu. Jangan kamu mencintai makhluk Allah melebihi dari Tuhan Yang Esa. Itulah petua paling mujarab nak elak merana akibat bercinta sesama makhluk ini 🙂

    • @Squtopus: Ya betul tu.. cinta kepada NYA lebih agung, mulia dan berkekalan selamanya.. tidak akan ada perasaan kecewa mahupun sengsara.. yang ada hanya kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.

    • @Anarm: bercinta biar ikhlas, setulus hati, jujur, bertanggungjawab, yakin, bla… bla… bla… bla.. dan sifat yg sama waktu dengannye la.. :wub:

    • @..ein..: a’ah best kan.. cukup utk semua situasi.. 2 baru baca, kalau tgk die pnye slide show, dgr lak die nyer background muzik mst lg menusuk kalbu, sipa bleh terharu kot.. huhu

      klu rasa macam kena mengena tu tndanya ein ni seorang yang bertimbang rasa, merendah diri, baik hati.. agk sue la.. pepandai je bg tafsiran.. :biggrin:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *