Panduan Kod Bekas Plastik | Bekas plastik antara benda yang akan Sue terjah bila pergi shopping kompleks atau kedai-kedai yang ada bahagian khas untuk bekas-bekas plastik. Comel-comel tau sebab tu Sue suka.
Encik suami pun dah tau dah Sue ni pantang nampak bekas plastik kat kedai mesti melekat lama kat situ.
Tak beli pun, saje suka tengok-tengok.
Bila dah suka bekas-bekas plastik ni, Sue amik tau la sikit tentang kod-kod yang biasa ada kat bawah bekas tu.
Mula-mula Sue ingat kod tu orang panggil PETE. Sebab tu setiap kali nak beli bekas plastik mesti tengok βPETEβ dulu.
Rupanya PETE tu salah satu kod untuk bekas plastik. Ada banyak lagi nama-nama yang mewakili kod-kod tu.
Maksud Kod Bekas Plastik
Jom baca serba sedikit maklumat tentang panduan kod pada bekas plastik yang mungkin korang pun baru tahu.
Kod No. 1 : PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate)
Simbol ni biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Bekas plastik yang berkod 1 ni disarankan hanya untuk kegunaan sekali pakai saja.
Jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tu akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara penyebab kanser.
Kesan terdedah dalam jangka masa yang lama pada bahan ni:
- Iritasi pada kulit dan saluran pernafasan.
- Boleh meningkatkan masalah haid
- Keguguran kandungan
- Kemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
Kod No. 2 : HDPE (High Density Polyethylene)
Biasanya kita jumpa simbol ni pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana keupayaannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya.
HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 : V atau PVC (Polyvinyl Choride)
Plastik jenis ni adalah plastik yang paling sukar dikitar semula. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain.
Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus.
DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Bila berlaku tindakbalas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 : LDPE (Low Density Polyethylene)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia digunakan sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek.
Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Sangat tahan di bawah suhu 60 darjah celsius kepada tindak balas kimia.
Mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 : PP (Polypropylene)
Merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat simpan makanan, minuman dan botol susu bayi.
Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat.
Kod No. 6 : PS (Polystyrene)
Biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan.
Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang.
Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia:
- berbahaya pada otak
- berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan
- mengganggu pertumbuhan dan sistem saraf
- susah dikitar semula, malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Kod No. 7 β Other : PC (polycarbonate), SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene)
PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh pindahkan Bisphenol-A.
Jika suhu meningkat akibat makanan dan minuman yang dipanaskan atau panas dengan sendiri (letak dalam kereta), boleh berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi.
SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan.
SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi.
ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip.
Pemilihan Bekas Plastik Berdasarkan Kod
Bahan plastik yang mempunyai kod 2, 4 dan 5 adalah selamat untuk digunakan. Walaubagaimanapun, bahan plastik berkod 7 (SAN atau ABS) juga dianggap selamat untuk digunakan sebagai bekas makanan.
Elakkan guna bahan plastik yang berkod 1, 3, 6 dan 7 (PC).
Cara terbaik, gantikan dengan bekas yang diperbuat daripada seramik atau kaca yang dijamin selamat.
Penting juga rupanya kita buat pilihan yang tepat masa nak beli bekas-bekas plastik yang kita akan guna. Banyak bahayanya kepada kesihatan kita dan keluarga jika kita selalu terdedah dan ambil remeh tentang bahaya bahan plastik ni.
Lepas-lepas ni bila nak beli bekas plastik untuk simpan makanan atau minuman, sila check dulu ye kod yang ada pada bekas plastik tu.
assalammualaikum, mohon share
salam..
adakah bekas plastik kod 5 sesuai digunakan utk tujuan kukus..?
bekas ini sebagai acuan..
kod 5 tertera boleh digunakan utk mikrowave..
tq
Salam kak Suraya..
Mohon share.. Perkongsian ilmu untuk orang lain..
Terima kasih
tak pernah amek tau lak pasal plastik nie.. kalau yang tupperware tu pakai yang no bape?
tupperware pakai yang no. 5.. Actually apa2 bekas plastik yang guna untuk simpan makanan atau minuman kena yang kod no.5 (PP).. kalau bukan no.5 dah bleh buang kot.. kalau sayang nak buang bleh guna wat simpan barang2 lain yg bukan makanan. π
good sharing kak… tapi nak menghafal nama saintifik dan kod number dia agak susah jugak. hmmm rasa-rasa ada tak app kat phone yang boleh membantu.
maklumlah benda macam ni ada side effect pada kesihatan dan tubuh badan kena perhati elok-elok.
selama ni kita main bedal je kan! :cwy:
akak pun tak ingat nama2 saintifik tu.. susah kot nak ingat.. hehe..
akak nyer style, just ingat, plastik no. 1 dan 2 hanya guna untuk sekali je.. mcm botol air mineral tu, dah abis trus buang. kalau dulu sayang je nak buang sebab bleh wat isi air lagi kan. tp bila dah tau psl ni terus buang. Dan kalau memang untuk wat isi makanan atau minuman beli yang no. 5.. yang tu bleh guna banyak kali.. yang no.3, 4, 6, 7 tu jarang2 je jumpa kt kedai. Yang no.7 tu je kena ingat skit sebab dia ada 3 jenis bahan. Just ingat kod no. 7 (PC) tak elok guna, yang lain tu elok.
takde lagi kot programmer yng nak buat app untuk kod bekas plastik ni.. sebab benda ni jarang orang amik tau.. sebab kesan dia lambat kan, tu org amik remeh je..