Esok Rabu, 10 Julai 2013 kita akan mula berpuasa. Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadat puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
Kepada kawan-kawan yang bukan beragama Islam semoga korang juga enjoy shopping di bazar ramadan dan di shopping mall yang dah tentunya barangan lebih murah dari biasa kan? 😀
Ini adalah Ramadan Sue yang pertama sebagai isteri kepada suami tercinta, sebagai menantu kepada mak abah tersayang dan ahli baru kepada keluarga suami. Macam mana la perasaan puasa nanti. Rutin harian dan tentunya berubah.
Nak kena bangun awal sediakan sahur untuk suami. Jika bujang dulu last minit baru bangun, sahur kurma dengan air sejuk. Kalau dah malas sangat kadang tu bangun minum air masak je.
Pernah lagi malas, sediakan air masak sebotol tepi tilam, dah bunyi alarm raba-raba cari botol air, minum pastu sambung tidur balik. Pernah juga tak sahur. Hehe teruk kan perangai.
Raya tahun ni kitorang suami isteri dah buat keputusan balik beraya di kampung suami dulu. Antara sebabnya kesian en. suami nak kena drive lama-lama balik Kelantan dengan keadaan jalanraya yang tentunya sangat jem lebih dari perayaan biasa.
So, balik beraya di Perak dulu. Raya ke dua atau ketiga baru balik Kelantan dari sana. Harap tak jalan jem teruk la hari tu.
Salam Ramadan dan Mohon Maaf
Ok lah, nak ucap tu je untuk kali ni. Sue juga nak minta maaf jika ada terbuat salah, tergurau yang terlebih-lebih, tersinggung perasaan korang sepanjang perkenalan kita atau penulisan dalam blog ini yang mungkin tak sependapat. Harap maaf ye.
Semoga Ramadan kita kali ni lebih bermakna dan penuh dengan pengisian yang lebih berfaedah dari bulan-bulan biasa.
Selamat menjalani ibadat puasa semua. 🙂
selamat berpuasa sis, moga beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat
banyak pahala menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk suami ni
Insha Allah. Selamat berpuasa utk akak jugak.. 🙂
Balik kampung laki dulu biasanya… pastu kampung bini je laaa.. hihihi
hehe.. camtu ke? kalau ikut family sue, biasa 1st raya bg anak perempuan mmg balik kg sendri, tp sue nak wat kelainan skit, beraya umah mertua dulu.. Insha Allah kitorang akn ikut giliran masing2.. kena la sama adil kan.. 😎