Sue mulakan Tahun Baru 2014 dengan ucapan Bismillah. Semoga kehidupan Sue dan keluarga tercinta di tahun baru ni berjalan dengan lancar dan baik-baik saja seperti yang telah dirancang. Aamiin.
Walau bagaimanapun, sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tapi ketentuan dari perancangan kita tu hanya Allah sahaja yang tahu.
Jika apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang, kita seharusnya redha menerima takdir dari Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Siapalah kita untuk menghalang perancangan Allah, kan?
Hari ni, 3 Januari 2014 (Jumaat) merupakan hari kedua Sue bekerja dalam tahun 2014. Semalam hari pertama mula bekerja setelah 10 hari bercuti. Uuihhh..
Rasa malas tu tak perlu cakap lah, memang malas yang amat sangat nak pergi kerja. Dah bercuti lama kan. Hihi..
Agaknya budak-budak sekolah pun rasa macam ni jugak kot.
Tanggungjawab Baru di Tahun Baru
Bekerja di awal tahun baru kali ni Sue rasa macam berdebar-debar. Tak tahu kenapa.
Mungkin sebab tahun baru 2014 bermula tanggungjawab baru Sue dalam company tempat Sue bekerja sekarang. Dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian, nak kena handle staf bawahan la pulak.
Tanggungjawab ni terasa berat bagi Sue. Ye la, dah biasa kerja bawah arahan orang lain tiba-tiba Sue pulak yang nak kena bagi arahan. Mana nak kena mengajar diorang lagi.
Diorang semua takde pengalaman buat design tapi dipaksa oleh boss untuk belajar dari Sue. Cuba bayangkan macam mana diorang nak hadapi semua ni.
Kalau yang minat nak belajar mendesign tu ok la. Kalau yang tak minat macam mana? Cabaran baru bagi Sue di tahun baru. Hurmmmm..
Apa-apa pun, semoga kerjaya Sue pada tahun 2014 ni lebih maju jaya tanpa tekanan perasaan di tempat kerja lagi macam tahun lepas.
Semoga Sue mampu menjalankan tanggungjawab baru Sue ni dengan cemerlang dan jayanya dengan bantuan dan kerjasama daripada bos-bos dan rakan sekerja terutamanya team grafik.
Cayok! Cayok! Sue boleh! Sue boleh!!
Sekian entri pembuka tahun baru (walaupun dah masuk hari ketiga) dan Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua pembaca blog surayasagi.com 😀
Su, su buat design ke? kalau nk minta buat logo boleh ke? hihihihi
Memang cantik betul office. Tahniah dapat naik pangkat dan semoga lebih berjaya tahun 2014 ni 🙂
assalamualaikum….tahun baru semuanya kena baru yer…:)
Waalaikumussalam.. tu la.. cabaran baru.. harap2 semuanya ok 🙂
Selamat berisaha di tahun baru. Ganbatte!
all the best dear….cantik office tu……
terima kasih.. akan cuba sedaya upaya..
office kena cantik sebab tempat high class.. dato’, datin, ceo, director, doctor punye tempat.. huhu
Kalau yang tak minat tu memang susah la, apa2 pun selamat berjaya.
Chaiyok2…mesti boleh punya…go go team grafik.
go! go! go!.. XD
Insha Allah akan cuba sedaya upaya selagi diberi daya upaya oleh Nya.
tahniah sis, moga terus sukses
mekasih kak. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Nya
hebat..!! jadi ketua bahagian.. semoga terus sukses yaaa…
realitinya tidaklah sehebat mana sebab sekarang ni team baru 3 orang je. hehe.. btw, terima kasih yaaa
biasalah. mula-mula aje susah. nanti terbiasalah.