Tentang Surayasagi

Selamat datang ke blog surayasagi.com dan terima kasih kerana sudi melawat laman blog yang tak seberapa ni.

Pengenalan surayasagi.com

Surayasagi.com merupakan laman peribadi pemilik blog (Suraya). Surayasagi.com wujud atas cadangan seorang insan yang ingin memulakan langkah ke dunia blogging. Beliau lah yang menjerumuskan Sue ke dalam dunia maya ni.

Segala yang dipaparkan dalam blog ni adalah hasil daripada bicara minda, emosi dan perasaan penulis. Ikut mood. Jika mood jiwang, maka jiwanglah ia. Jika mood sedih, maka keluarlah cerita sedih.

So, genre nya lebih kepada blog random. Ada bersifat peribadi, perjalanan hidup, info, cerita, atau apa-apa saja yang terlintas di fikiran pada ketika dan saat artikel tu ditulis.

Kehidupan Peribadi

Nama diberi Suraya. Dilahirkan ke dunia tipu-tipu ni pada 2 Disember. Lupa pulak lahir kat mana (rumah / hospital). Rasanya lahir kat rumah sebab kat kampung dulu jauh sangat dengan hospital bersalin.

Anak jati Kelantan Darul Naim. Tapi ramai yang menyangka Sue ni bukan orang Kelantan sebab cakap takde bunyi loghat Kelantan sebab dah lama merantau ke luar negeri. Dah terbiasa cakap bahasa ‘luar’.

Ahli keluarga Sue dah lebih daripada 50 orang semuanya (update: 2024). Adik beradik 10 orang. 5 lelaki dan 5 perempuan. 1 orang je lagi yang masih belum menamatkan zaman bujang.

Belum ada rezeki anak tapi anak saudara ramai sangat tambah cucu saudara pun dah ada.

Sifat, Sikap & Kelebihan

  • Gadis biasa je. Tak pandai bersosial
  • Personaliti Ambivert
  • Tak pandai bergaya (T-shirt, jeans dan yang mana-mana yang selesa dipakai)
  • Suka bercakap (dengan orang-orang tertentu saje)
  • Menepati masa (paling benci orang tak menepati masa atau lebih tepat ‘janji melayu’)
  • Tak pandai dan tak minat sangat memasak (untuk suami dan diri sendiri boleh la)
  • Suka makanan yang ada ulam (nasi kerabu, laksa, laksam)
  • Suka $$$ (tapi tak la macam En. Crab dalam cerita Spongebob tu), Graphics, Music (lagu² melayu lama) dan layan drama romantic comedy 
  • Hobi? Tak tentu. Ikut musim. Macam buah la pulak. XD
  • Tak suka mengongkong dan tak suka dikongkong
  • Seorang yang setia pada cinta (tak nak peningkan kepala)
  • Paling benci pada lelaki dayus (takut bini)
  • Gila kerja (tapi takde la sampai tahap workaholic)
  • Suka explore skills baru

Skills / Kemahiran

  • Berpengalaman uruskan department dan group of staff
  • Handling interview untuk hire new team member dalam department
  • Fast learner
  • Mahir guna Adobe Illustrator, Photoshop, Microsoft Words, Power Point
  • Sekarang tengah belajar guna Excel (Intermediate), CapCut (Beginner)

Pendidikan

  • 2003 – NCT, Taiping, Perak (Diploma Multimedia Technology)
  • 1998 – SMK Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan (PMR & SPM)
  • 1992 – SK Tanjong Chenak, Pasir Mas, Kelantan (UPSR)

Kerjaya

Laman Sosial

Sekian, terima kasih.. :)