Sebelum raya hari tu encik suami belikan Sue telefon baru. Tiba-tiba je.. Padahal telefon lama elok lagi. Dia beli 2 biji untuk dia sekali.
Dia cakap phone lama tu dah pakai 4 tahun kot.. Sistem update dah takde. Pengeluar telefon dah stop update software untuk phone model lama. Sebab tu dia nak tukar phone baru. Phone lama tu pun dah rasa makin slow.
Dia dah belikan, Sue ambik jela. Hehe.. Dia dapat rezeki lebih la tu.. Alhamdulillah.. Semoga lebih murah rezeki untuk suami Sue.
Dah dapat hadiah phone baru ni, phone yang lama jadi phone kedua, boleh pakai untuk kegunaan lain.
![Infinix Hot 30 Infinix Hot 30](https://surayasagi.com/wp-content/uploads/2023/05/infinix-hot-30-surayasagi.jpg)
Infinix Hot 30
Telefon baru yang suami Sue beli ni jenama Infinix Hot 30. Baru masuk Malaysia. Patut la tak pernah dengar. Dia punya specs boleh tengok kat GSMArena atau laman web Infinix.
Sue tak tahu sangat pasal telefon. Selama ni encik suami yang pilih nak beli phone apa. Sue tahu guna je.. Kalau phone tu problem, dia jugak yang kena tengokkan. Dia pandai sikit pasal telefon.
Phone Infinix Hot 30 ni suami Sue beli online kat Shopee. Katanya murah je harga dia. Guna voucher rebate kat Shopee tu dapat lagi murah daripada harga asal.
Kitorang memang jenis guna phone murah. Sayang duit nak beli phone mahal. Phone murah pun ok asalkan berfungsi elok dan takde masalah. Untuk guna biasa-biasa je..
![Infinix Hot 30 Infinix Hot 30](https://surayasagi.com/wp-content/uploads/2023/05/infinix-hot-30.jpg)
Sue punya warna putih (Sonic White). Encik suami ambil warna hijau (Surfing Green).
Dekat 2 bulan dah Sue guna phone ni. Setakat ni ok je untuk buat kerja, whatsapp, video call, tengok youtube, tiktok.. Saiz skrin dia besar sikit daripada phone lama. RAM pun besar. Phone lama RAM 4GB je.
Kalau nak beli phone Infinix Hot 30 ni boleh beli kat Shopee. Harga murah sikit dari kedai telefon kat luar tu. Jangan lupa claim voucher rebate untuk dapat harga lebih murah lagi.