Tukar Kad Debit Maybank MasterCard Platinum

Selesai je urusan buat passport kat pejabat Imigresen Kajang petang semalam, Sue pergi pula ke Maybank untuk tukar kad debit Maybank yang baru.

Asyik tangguh je, mesti setelkan secepat mungkin sebelum kad tu expired.

Kad Debit Maybank MasterCard Platinum

Kad Debit Maybank MasterCard Platinum

Sue tukar dapat Kad Debit Maybank MasterCard Platinum. Tak apply pun, dia memang bagi kad tu.

Tak pasti la pulak apa kelebihan kad Platinum ni berbanding kad debit biasa. Tapi dengar macam kad orang kaya je kan? 😛

Dialog di kaunter 7 Maybank cawangan Bandar Baru Bangi petang semalam:

Pengawai bank: Puan jarang guna ke kad ni?

Sue: Selalu je guna. Kenapa ye? *dalam hati risau dah, dok fikir dia tahu ke aku tak pernah guna kad ni sebagai kad debit? biasa memang guna kat ATM je. Yela, risau gak kot-kot dia cakap, apply kad debit tapi tak pernah guna.

Pegawai bank: Kad cantik lagi. Ingat dah tak guna kad ni. Bila check kad ni dah lama. Gaji masuk bank mana?

Sue: Bank ni la. Saya selalu keluarkan banyak terus, sebab tu kot jarang guna.

Pegawai bank: Keluarkan banyak terus pun memang akan selalu guna. Tapi kad puan ni cantik, elok lagi. Pandai puan jaga.

Sue: hehe.. *camtu je mampu bagi respond kat dia. Tengok dia pun sayang je nak potong kad tu lepas dah bagi kad yang baru kat Sue.. hihi

Untuk pengetahuan, sesiapa yang guna Kad Debit Maybank yang tamat tempoh pada 2014 memang kena tukar kad baru kat mana-mana cawangan Maybank yang terdekat.

Sebab tu lah Sue sebok je nak tukar kad baru walaupun kad sekarang takde apa-apa masalah pun. Korang dah tukar?

10 Comments

  1. hmm…. haritu saye dpt mcg dari mybnk, ckp kad akan xpired 15 november 2014… sy mmg dah igt nak pegi renew, tapi asyik bz je, tup2 dah terlepas tarikh expired… so igt kad xboleh guna dah…. takut2 xboleh bawak keluar duit, sy pegi ke maybank trdekat, nak renew.. tapi dy punye lambat la nak tggu…(area skudai,johor)…. last2 sy try kluar kt atm dy, boleh pulak….. tp baru nie try cucuk kt am lain, dy kuar “kad tamat tempoh”… pening…. is it kalu expired xboleh guna lgsung or boleh, tp kt ATM maybank je…..??hmmm

    • kalau tak silap saya semua kad bank ada tarikh tamat tempoh.. kad tak dapat guna dah sebaik saja kad tu tamat tempoh.. kena tukar kad baru..

  2. Bulan 2 lepas baru tukar kad dari visa cherry ke mastercard platinum. Balik rumah baru perasan rupanya bukan visa lagi. Yg jadi masalahnya dulu selalu guna beli barang online luar negara dalam Dollar kekadang download games berbayar tu tapi lepas tukar mastercard platinum ni semia dah tak boleh. Dah 2X pegi maybank tanya pasal ni tapi diorang ckp kad ok takde masalah. Ada yg suruh setting balik jumlah had transaksi di mesin atm tapi semua dah buat dan masalah tetap sama. Ada sapa2 boleh bantu saya tak???

    • Kalau kad dah teruk tu rasanya elok tukar yang baru.. Sebelum dia buat hal masa nak keluarkan duit, kad tak dapat baca bila cucuk kat mesin ATM..

    • untung la dapat kad superman.. kita ni terpaksa je tukar sbb dah nak expired.. kalau tak jangan harap rajin nak gi bank tu.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *