Semasa bercuti raya di kampung Sue minggu lepas, kami keluarga meluangkan masa pergi berkelah dan mandi manda di air terjun Jeram Linang yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.
Berkelah dah menjadi aktiviti biasa keluarga kami jika adik beradik berkumpul. Waktu ni lah kami adik beradik dengan keluarga masing-masing dapat bersuka ria bersama-sama.
Hari biasa semua sibuk dengan tugas masing-masing dan ada yang tinggal diperantauan macam kami ni.
Berkelah Bersama Keluarga
Raya tahun ni lagi best sebab en. suami pertama kalinya join aktiviti keluarga kami. Dan kali ni kami ubah haluan, berkelah kat air terjun pula. Biasa kami berkelah di pantai.
Sebenarnya Sue lagi suka berkelah kat air terjun berbanding pantai. Air terjun lagi sejuk dan redup suasananya. Kalau pantai, panasnyee.. lagi berpasir-pasir, jenuh nak basuh kaki bila nak masuk kereta.
Jom tengok gambar kitorang sepanjang hari tu.



Bila berkelah tak lengkap rasanya kalau tak ada aktiviti BBQ. Kali ni kitorang buat BBQ itik sebab umah kat kampung tu banyak sangat itik. Sedap juga rasa itik bakar.
Menu lain lokan bakar, bihun goreng, ayam goreng ala-ala KFC, sosej dan macam-macam lagi la makanan bergoreng. Siap bawa dapur portable, senang katanya.
Ok, dah kenyang makan 1st round, jom kita mandi. 😀





Last skali…

Nak balik dah. Best sangat dapat mandi manda kat sini bersama suami dan ahli keluarga yang lain.
Mek ayah je tak join kitorang. Diorang ada aktiviti lain.

Okey lah. Cukuplah entri bergambar untuk kali ni.
Semoga lain masa kami adik beradik dapat buat aktiviti macam ni lagi dan mek ayah pun dapat join skali.
wahh..seronok la korang yek. hehe
seronok sangat2 sebab dah lama tak mandi air terjun.. :cheerful:
lama dah tak gi jeram linang ni…
eh.. macam biasa pegi je.. orang kelantan ke? :biggrin: