Sebelum apa-apa, tahniah diucapkan buat Kak Jie atas ulangtahun perkahwinan ke 21. Semoga terus kekal bahagia buat selama-lamanya bersama suami dan anak-anak tersayang. 21 tahun berkahwin, lama tuu.. Siap buat giveaway lagi.
Sebenarnya encik suami yang bagitau pasal giveaway yang Kak Jie buat ni. Rasa macam nak join la pulak sebab tengok hadiah best, penginapan 3 hari 2 malam di Legend Cherating Resort!
Pengalaman Bertemu Cinta Pertama dan Terakhir
Sebut tentang pengalaman yang dilalui sehingga berjaya melangkah kaki ke jinjang pelamin, kisah Sue bercinta dengan encik suami bermula bila kitorang dikenalkan oleh seorang kawan bernama Amir masa study di Taiping. Time si Amir kenalkan tu Sue tak perasan sangat muka DIA (encik suami) sebab tengok gitu-gitu je.
Sue ni pemalu dan penyegan sikit bila berdepan dengan lelaki. Tapi bila dah kenal rapat memang sembang tak ingat dunia. Haha.
Lepas tu setiap hari bila terserempak dengan kawan-kawan DIA, mesti ada je yang bagitau “DIA kirim salam, DIA kirim salam”. Kadang-kadang rasa serabut jugak.
Sampai satu tahap Sue dah geram sangat, Sue bagitau kawan DIA si Amir tu suruh DIA bagi sendiri ‘salam’ tu.
Bermula dari situ DIA pun macam berani sikit bertindak sendiri tanpa bantuan ‘posmen’. Itu pun cuma hantar email je cakap nak berkenalan. Pemalu sangat orangnya. Sue pun reply jela email DIA.
Semenjak dari tu kitorang pun borak-borak melalui email.
Satu hari kalau tak silap Sue time tu bulan puasa, kawan sebilik Sue ajak buka puasa sama-sama. Kitorang pun pergi la kat kedai hujung dekat dengan kolej tu. Bila sampai sana tengok2 DIA ada kat situ.
Rupanya dah berpakat nak temukan Sue dengan DIA tu. Kawan sebilik Sue boleh pulak pergi duduk kat meja lain. Tinggal la Sue duduk berdua dengan DIA.
Suasana sunyi sepi. Kalau dalam email rancak ‘bersembang’. Bila dah jumpa depan2 masing-masing segan nak bersuara. Tengah makan cuma dengar bunyi garfu dan sudu je.
Ada satu peristiwa berlaku masa tengah makan tu. Aksi AYAM GORENG TERBANG!! Entah macam mana masa DIA tengah potong ayam guna sudu tiba2 ayam goreng melantun keluar dari pinggan. DIA cover2 tapi Sue nampak je cuma buat2 tak nampak takut DIA malu. Hahaha..
Sampai sekarang aksi ayam goreng terbang tu jadi gurauan kitorang. DIA gelak sakan bila Sue sebut balik pasal kejadian tu.
Lepas dah berjumpa buat pertama kali kat kedai makan tu DIA pun mula ajak keluar makan sama-sama lagi. Tapi Sue sebenarnya boring keluar dengan DIA time tu sebab DIA pendiam sangat jadi tak tahu nak cakap apa.
Bila dah lama kenal dan selalu keluar jalan-jalan dengan DIA, baru la DIA reti bercakap sikit. Kadang-kadang DIA banyak cakap pulak sampai penat Sue nak melayan. Hehe.
Kawan-kawan kitorang yang lain tengok kitorang asyik keluar berdua je macam pasangan kekasih, tapi sebenarnya kitorang cuma KAWAN je time tu. Sue hanya betul-betul terima DIA dan sudi jadi couple semasa hari terakhir kitorang belajar di kolej.
Sebelum habis belajar kat kolej tu, Sue ada ajak DIA jalan-jalan buat kali terakhir pergi naik Bukit Larut. Gambar atas ni diambil semasa hari terakhir Sue berada di kolej.
Dah habis belajar tapi DIA masih lagi kat situ sebab kena repeat paper. Nampak muka DIA macam sedih je bila nak berpisah. Kalau tak silap Sue, DIA menangis kot time tu. Hehe.
Tapi tak lama lepas tu kitorang jumpa balik bila Sue kembali ke Taiping untuk majlis konvokesyen. DIA datang ke majlis tu naik teksi. Majlis konvokesyen time tu dibuat di Bukit Merah.
Seronok dapat jumpa balik tapi jumpa sekejap je sebab mak ayah Sue tergesa-gesa nak balik kampung lepas selesai majlis. Sekali lagi kitorang terpisah.
Pada hujung tahun 2005 Sue diterima bekerja di sebuah syarikat printing di Kajang. Kebetulan DIA pulak time tu praktikal di Muzium Negara. So, kitorang ditemukan sekali lagi dan keluar dating di KL setiap hujung minggu.
Naik tren je time tu pergi KL. Sue dari Kajang, DIA pulak dari Wangsa Maju. Berjumpa di KL Sentral lepas tu baru pergi jalan2 sekitar Kuala Lumpur.
Lepas DIA tamat praktikal, DIA diterima bekerja di syarikat tempat Sue kerja. Banyak kali jugak la kitorang tukar-tukar kerja tapi masih bersama.
Ikatan Perkahwinan Sebagai Bukti Cinta
Setelah 9 tahun kenal, berkawan 2 tahun, bercinta 7 tahun dan bermacam-macam suka duka dilalui bersama akhirnya Sue dan DIA disatukan dengan ikatan perkahwinan yang menjadi bukti cinta kami (selepas 6 bulan bertunang).
Pada awalnya kitorang ingat nak bertunang lama sikit sementara kumpul dan tambah duit belanja kahwin. Boleh buat majlis kahwin besar sikit. Takde buat pinjaman pun. Tapi Alhamdulillah semua urusan perkahwinan kitorang berjalan lancar dengan majlis yang serderhana je.
Pelik jugak duit kahwin yang dikira sebelum ni cukup-cukup untuk buat majlis kecil-kecilan tiba-tiba cukup untuk buat majlis besar sikit. Inilah yang dikatakan rezeki kahwin kot.
Sekarang ni Sue dan DIA rasa bahagia sangat-sangat dapat hidup bersama dengan ikatan yang sah. Setelah bermacam-macam ujian dan cabaran menimpa hubungan kitorang tetap utuh. Harap-harap hubungan kasih dan sayang antara Sue dan DIA akan terus kekal selama-lamanya.
Teringin jugak nak merasa ulangtahun perkahwinan macam Kak Jie. Selama 21 tahun berkahwin mesti banyak cabaran yang telah Kak Jie lalui bersama suami.
Sue dan DIA baru berkahwin tak sampai 1 bulan. Tak tahu lagi dugaan apa yang akan menimpa di masa-masa akan datang. Pengalaman pun tak banyak. Kena menuntut ilmu lagi dengan mereka-mereka yang dah lama berkahwin.
Pengalaman menarik sepanjang perkahwinan kitorang ni tak banyak cuma pengalaman biasa2 je. Oleh sebab dah bercinta dulu sebelum kahwin jadi rasa takde beza sangat walaupun selepas berkahwin.
Cuma ada jugak la beberapa pengalaman yang Sue rasa menarik tapi mungkin tak sesuai nak cerita kat blog. Kalau nak tahu kena la berkahwin dan rasa sendiri. Kahwinlah cepat-cepat. Best!
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Kak Jie. Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-21.
Ayam Goreng Terbang?
Haha anarm cover la sikit, malu oiii. Haha.
Alhamdulillah akhirnya dah berkahwin juga. 9 tahun tu tempoh yang agak lama. Kalau dah jodoh tak kemana
@Affan Ruslan, ha’ah.. kepak ayam sebab tu bleh terbang.. tp dia bleh abiskan nasi tu walaupun lauk dh terbang.. hehe
Alhamdulillah.. jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan.. 🙂
@Suraya, nasib baik ayam terbang tu tak kena sue, kalau tak kompom sama2 malu…hehe
Semoga berjaya.
Tahniah atas ikatan perkahwinan. Semoga terus berbahagia dan dapat mengharungi segala pahit manis dalam alam rumah tangga dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.
@Kak Long Mawar Merah, amin.. amin.. terima kasih atas doa tu.. 🙂
Assalamualaikum, taniah akhirnya anda bersatu sebagai suami isteri, semuga hubungan kamu berdua berkekalan sampai akhir hayat, dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah :).. 😉
@AyieBlog, waalaikumussalam.. terima kasih atas doa tu.. aminn..
bercinta selepas berkahwin lebih banyak dugaan berbanding sebelum kahwin…jadi kena lebih banyak tolak ansur dalam hubungan harian…moga kebahagian sue berkekalan hingga akhir hayat.
@ann, tolak ansur tu memang penting.. kalau takde tolak ansur tu yang jadi gaduh2 tu kan? hee.. terima kasih.. insyaAllah hubungan berkekalan.. aminn..
Good luck untuk contest ini, pengalaman dialam perkhawinan memang tidak dapat di lupakan
@donnyien, terima kasih..
Salam kenal.
Seronok pulak baca kisah cinta orang ni sekali-sekala…. 🙂
Good luck untuk contest.
@Malaysia Coin, terima kasih..
entri ini boleh jadi rujukan anak-anak akan datang
macam anak-anak kak jie tanya ” macam mana mama jumpa abah?”
heheh
moga perkahwinan ini dirahmati Allah dan kekal bahagia selamanya. Bukan senang untuk melepasi tahun pertama yang agak asing….kata orang itu musim manis tetapi bagi kak jie tahun pertama adalah dugaan kerana kita masih dalam proses menyesuaikan diri.
zaman bercinta dan berkahwin lain… sekarang apa-apa keputusan dlm rumahtangga perlu ada tolak ansur , bukan untuk ‘aku’ tetapi ‘kami’
@kujie, ok.. terima kasih kak jie atas nasihat tu.. memang tengah menyesuaikan diri lagi sekarang ni..
@kujie, tu la.. nnt kalau anak2 tnye, cakap kt diorang baca je kat blog mama ngn abah.. hehe
mekasih kak jie.. nasihat yg amat berguna untuk kami yg masih baru ni..
sekarang ni still macam tak caye kitorng dah kawin.. sebab lama sgt dh couple.. rasa macam biasa je.. yg rasa berbeza skit bila dah bleh nampak DIA depan mata, hari2.. :wub:
@Suraya,
Lepas tu nanti anak-anak pula buat blog. Hehe.. Best juga dapat baca cerita kedua-dua belah pihak. 🙂
@sya isya, nanti satu family jadi blogger.. hehe..
fuyoooo kurus betul Anarm dulu hahaha rasanya aku dah pernah baca kisah cinta disket korang dulu tapi tak ingat dekat blog ni ke blog DIA tu hohoho
@topo, ada pernah cerita ek pasal disket tu? hehe..
Membaca cerita dari pengalaman si isteri pula… 😀 memang berbeza-beza bro anam dulu ngan sekarang… tapi yang pasti sama jer kacaknya… semoga su dan anam kekal bahagia selamanya, tolak ansur itu penting dalam perhubungan… lama betul bercinta baru berkahwin ya… syukur alhamdulillah…
@Eizil, kacak ke? (memang kacak pun) nanti sue bagitau dia.. hehe.. alhamdulillah dapat jugak kawin.. terima kasih atas doa dan nasihat tu..
Wah dua-dua hantar entri. Selamat berjaya. 🙂
@akubiomed, terima kasih.. sebenarnya arahan suami ni.. kena patuh.. hihi