Diari Seorang Lelaki

Diari seorang lelaki mengisahkan pengalaman dan cabaran hidup dalam dunia percintaan. Ada suka dan kadangkala duka datang menjelma.

Sama ada kita suka atau pun tidak. Sama ada bersedia atau tidak. Walaupun kita sering berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada kita.

Diari seorang lelaki

Luahan perasaan ini ditujukan kepada ku suatu ketika dahulu. Nukilan hati jejaka ini diabadikan di sini bukan bertujuan untuk publisiti atau apa-apa yang korang fikir bila dah habis baca ni. Hanya sekadar ingatan untuk diri ku sendiri dan mungkin juga jejaka tersebut.

Hanya untuk mengimbas kembali memori indah di awal percintaan kami. Mungkin juga serba sedikit boleh membantu korang yang masih belum meluahkan isi hati masing-masing untuk berani meluahkannya sebelum terlambat.

Mungkin juga boleh mengubati hati-hati yang luka kecewa kerana cinta.

Ingatlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Dan yakinlah akan ada bunga/kumbang lain yang lagi baik, terbaik untuk korang.. (Ceyy.. Macam doktor cinta pulak. Hehe..)

Ni sebenarnya bukan diari dia. Dia tak minat pun tulis-tulis diari ni. Sue cuma tolong simpan kata-kata dia. Jadikan macam diari la kan.

Nak tahu apa yang jejaka jiwang tu tulis. Haa.. Sila lah baca dan hayatinya. Jangan ada yang menangis dah la. Hehe..


12 Januari 2006

Pertama kali aku mengenal erti cinta terasa bahagia di segenap sudut hati ini. Cinta yang dulu amat ku jaga namun tergadai akhirnya. Insan pertama yang hadir dalam hidupku curang di depan mata. Berpegang tangan, bergelak ketawa dengan penuh mesra; dikatanya cuma seorang sahabat lelaki.

Erti sahabat yang dahulunya aku hargai kini mengubah seluruh pandanganku. Sahabat mendukakan, kawan menceriakan. Namun, kawan boleh bertukar menjadi sahabat. Dan mungkin lebih mendukakan. Tertutup pintu hati ini untuk menerima sahabat, kawan, mahupun CINTA.

Setelah sekian lama, mangga yang mengunci hati ini daripada menerima cinta telah bertemu dengan kuncinya. Kunci yang kecil comel telah membuka kembali hati ini yang telah lama kesunyian. Kesunyian telah diisi oleh seorang perempuan yang amat istimewa dalam hidupku.

SURAYA.. Gadis kecil molek yang telah berjaya menambat hati ini. Perubahan berlaku dalam diri disebabkan timbul perasaan yang telah bertahun terpisah.

CINTA, hadir kembali dalam hidupku. Aku cuba melawan perasaan ini tetapi sukar bagiku kerana kuasanya yang jika dilawan boleh menyebabkan seseorang itu menderita.

Aku tidak terlalu mengharap, hanya berserah pada takdir yang dapat menentukan sama ada aku berdaya melawan atau tidak.

Namun, lumrah alam, ketentuan Tuhan, qada’ dan qadar telah tercatat dalam diari hidup setiap manusia. Aku tewas buat kali kedua dalam permainan perasaan. Kuasa CINTA tidak dapat kuhalang.

SURAYA kuterima untuk mengubat hati yang sunyi. Tetapi cinta tidak lengkap tanpa bunyi daripada tepukan yang hanya disambut oleh angin. Cinta memerlukan tepukan yang berbalas, yang dapat menghasilkan ‘bunyi’ yang paling indah didengar.

Usia semakin meningkat, tetapi ‘bunyi’ yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Dengan takdir Tuhan yang Maha Berkuasa, perpisahan digantikan dengan pertemuan 2 hati. Tepukan pada angin mula disambut dengan mesra, dan menghasilkan ‘bunyi-bunyian’ yang memeriahkan dunia.

Cintaku akhirnya mendapat balasan walaupun berada berjauhan. Bermulalah kisah cinta buat kali kedua dalam hidupku. Diharap tiada cinta ketiga hadir mengganti cinta kedua ini. Biarlah ianya berakhir di episod kedua dan tidak akan ada episod yang ketiga.

Cinta kedua dalam hidupku lebih menceriakan. Persamaan dalam diri masing-masing mengutuhkan lagi ikatan cinta ini dan memberi kelebihan dalam memahami hati budi.

KEIKHLASAN, KEJUJURAN DAN KEPERCAYAAN. Begitulah yang dijanjikan oleh 2 hati. Selagi berpegang pada janji, perpisahan dapat dielakkan malah menguatkan lagi rasa cinta dan sayang di dalam hati.

Sayangku..
Setiap Pertemuan Denganmu
Membawa Kenangan Yang Manis
Kerana Jiwa Mu Yang Periang,
Peramah Dan Romantis
Jauh Di Sudut Hati Ku,
Aku Memendam Perasaan
Yakni, Kenangan Bersama Mu
Membawa Nostalgia Rindu

Sayangku..
Sayangilah Insan Yang Merindui
Dan Menyayangi Diri Mu

Sayangku..
Pernahkah Terlintas Di Hati Mu
Setiap Memori Biar Luka, Gembira Akan
Membawa Kenangan, Yang Bila Difikir
Tak Akan Kembali…

Perubahan drastik yang berlaku dalam diriku, mula menjadi seorang puitis. Disebabkan pengalaman suka dan duka dalam bercinta. Cinta menyeronokkan tetapi ada juga yang menyedihkan dan menyeksakan.

Perasaan cinta tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya yang memahaminya dapat merasakan perasaan nikmatnya bercinta.

Kata orang, cinta itu buta. Buta dalam erti kata, cinta tidak memandang pada status, pada rupa paras, pada kedudukan; tetapi cinta hanya celik pada hati.

Hati yang ikhlas dan jujur dapat menguatkan ikatan cinta. Malah dapat mencapai CINTA SEJATI, yang kekal buat selama-lamanya, hingga ke akhir hayat..

~Coretan bekas kekasih.. Kini suami.. ?

Cinta seorang lelaki

18 Comments

  1. pewwiiitt jeles i tau…i pun kne curang gak..hukhuk =(
    .-= x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN? =-.

  2. Salam Mulidur Rasul….hrmmm dik jaga la hatinya dik….umpama memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah adik mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali adik lepaskan ikan tu semula ke dalam air macam tu aja coz ia akan sakit akan bisanya ketajaman mata kail adik tadi dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup……..pas2 goreng rrr..hik3 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *