Rabu hari tu Sue pergi beli kain kat kedai Nagoya dalam Tesco Kajang. Encik tunang temankan. Sebelum masuk Nagoya encik tunang pergi simpan dulu beg yang dia selalu bawak tu dalam locker simpan barang.
Nasib baik ada bawak duit 50 sen yang biasa kena masukkan dalam locker untuk kunci.
Encik tunang pon sumbat beg dia masuk dalam locker. Bila nak kunci, duit 50 sen tak boleh sumbat pulak dalam lubang duit. Encik tunang pun tukar guna locker lain. Pun sama jugak tak boleh masuk duit.
Kitorang tengok locker lain kunci-kunci dia banyak yang dah patah-patah. Pelik jugak kitorang sebab biasa guna locker kat Tesco tu elok je. Ada orang rosakkan ke semua locker kat situ?
Hanya Syiling 50 Sen Yang Baru
Rupanya kitorang tak perasan ada notis kaler hijau tertampal kat locker tu – “Kembali Syiling Loker (bahasa apa ni?). Hanya Syiling RM0.50 Yang Baru Digunakan. Bla bla bla bla bla“. Hadoii.. Menyusahkan betul bila ada 2 versi duit 50 sen ni.
Encik tunang chek poket dia, takde syiling 50 sen baru. Duit 50 sen baru yang encik tunang bagi hari tu Sue dah simpan dalam tabung kat rumah. Kitorang suka simpan duit syiling.
Kitorang pun pergi ke kaunter Tesco. Sebelum ni kalau locker dah penuh atau takleh guna, boleh tinggal barang kat kaunter tu. Sekarang dah tak boleh dah.
Kitorang bagitau takde duit 50 sen baru nak guna kat locker. Sekali orang kat kaunter tu bukak laci meja tengok penuh duit 50 sen baru dalam laci. Dia cakap boleh tukar duit 50 sen baru kat situ. Ok! Setel masalah.
Lepas simpan beg kitorang pun pergi shopping!
p.s. Tengok duit syiling 50 sen baru nampak macam dinar emas. Harga emas tengah jatuh teruk sekarang ni.
tak pernah pegang lagi syiling 50sen baru setakat ini…
rasanya agak awal guna duit syiling 50baru guna mesin sebab duit lama banyak lagi kat pengguna.
@Denaihati, betul jugak.. rasa macam menyusahkan pulak bila ada duit baru dan duit lama.. kalau nak pembaharuan pun sepatutnya ikut jela specs duit lama tu baru la senang sikit.. tak payah nak buat setting baru untuk duit baru tu..
ok pertama kali aku jumpa makhluk yang sanggup terima syiling baru hahaha. kalau tak memang nak kena pakai syiling lama jela
@topo, betul tu..tersiksa gila duduk asrama..nak dobi aje berebut2 cari duit syiling lama..huh..tension :pinch:
Sudah ada mesin yang terima duit syiling baru ye. Oklah tu, maknanya lepas ni banyak la mesin tiket kat komuter yang terima syiling baru ni nanti.
@faizul, dah banyak dah kot mesin yang terima duit syiling baru.. tapi mesin tiket komuter tak pasti pulak dah ada ke belum.. biasa beli kat kaunter je.. lama2 nanti ada la tu.. harap2 dapat terima duit syiling lama jugak sebab kadang2 syiling baru pun susah jugak nak dapat..
Emas tengah jatuh…
Akan diusahakan sesuatu bulan ini 🙂
1g berapa sekrang ek
Encik Tunang?? hmmmmm….. 50 sen baru… demand betul