Hari tu Sue pergi jalan-jalan kat pekan Kajang dengan encik tunang. Masa dating tu, encik tunang ajak pergi tengok-tengok barang kat tingkat paling atas dalam Metro Kajang. Kalau tak silap Sue nama kedai tu ‘HOT MARKET’.
Kat situ ada banyak jual barang-barang murah dan cantik-cantik. Rasa kelakar pulak bila kitorang pusing-pusing lama betul kat bahagian yang ada jual fridge magnet, yang biasa orang lekatkan kat peti ais tu.
Fridge magnet kat situ berbentuk makanan yang nampak sedap dan menyelerakan.
Pelbagai Bentuk Fridge Magnet
Ada fridge magnet berbentuk roti, donut, burger, roti sosej, kek, cupcake, dan macam-macam lagi. Nampak sedap. Rasa nak makan je.
Ada sesetengah fridge magnet tu kalau kita cium bau dia memang bau sebijik macam makanan betul. Tu yang buat jadi rasa nak makan.
Macam mana la orang yang buat fridge magnet ni boleh buat bau dia sama macam makanan betul.
Sedap pulak tengok fridge magnet ni. Fridge magnet yang bentuk donut tu buat Sue teringat donut Big Apple. Kalau boleh makan mesti best. Hehe..
Fridge magnet ni kalau pegang rasa lembik-lembik je sebab diperbuat daripada span agaknya.
Aiskrim pun ada. Tapi rasanya yang ni bukan fridge magnet. Mungkin untuk hiasan letak atas meja, tepi TV dan sebagainya. Nampak menarik jugak kalau ada hiasan macam ni dalam rumah.
Hampir 1 jam jugak Sue dan encik tunang pilih-pilih fridge magnet yang nak dibeli. Semua nampak cantik sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Akhirnya kitorang pilih 3 bentuk fridge magnet. 3 fridge magnet harga dia cuma RM10. Kalau yang besar sikit harga dia RM5 satu.
Comel kan fridge magnet bentuk makanan ni? Nanti nak beli bentuk makanan yang lain pulak. Lekatkan kat peti ais biar penuh sampai tak nampak peti ais. Hehe..
nampak real.. macam makanan betul2.. nyum2 :cheerful:
siap ada misi nak ubah ciri-ciri fizikal sebuah peti ais sampai hilang identiti…hehe
kalau beli sebiji kek tu tak berat ker pintu peti ais tu nnt.. 🙂
@ejam, suka sgt kumpul fridge magnet yang macam2 bentuk.. hehe.. kek yang boleh lekat kat peti tu kek kecik je.. kek yang besar rasanya takde magnet..