Ibadah Qurban Bersama eQurban di Kemboja

Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Hari Raya Aidiladha. InsyaAllah tahun ni Sue akan beraya di Kelantan. Dah lama tak balik kampung masa hari raya haji. Tahun lepas pun tak balik kampung sebab Sue ikut suami dan team eQurban pergi ‘beraya’ kat Kemboja.

Seronok jugak dapat pergi Kemboja. Pergi sana dengan team eQurban untuk tolong-tolong diorang laksanakan ibadah korban yang diwakilkan oleh rakyat Malaysia.

Beramah mesra dengan muslim Kemboja

Sue pun ada buat korban tahun lepas dengan eQurban. Korban 1 bahagian lembu je. Masa pergi Kemboja hari tu dapat tengok sendiri diorang sembelih lembu kat sana dan uruskan pembahagian daging korban.

Sempat jugak bergambar masa Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban) tengah sembelih lembu korban yang ada bahagian Sue.

Pelaksanaan ibadah qurban di Kemboja oleh eQurban.com

InsyaAllah tahun ni Sue rancang nak buat lagi ibadah korban dengan eQurban di Kemboja. Lepas buat korban tahun lepas rasa best pulak.

Rasa macam tiap-tiap tahun nak buat ibadah korban.

Nak buat pahala dengan ibadah korban ni kita pun kenalah korbankan duit sikit. InsyaAllah duit yang keluar tu akan diganti dengan rezeki yang bertambah-tambah.

Semoga ibadah korban kita semua diterima oleh Allah swt. Aminn..

Kenapa pilih eQurban? Kenapa korban di Kemboja?

Mungkin ada yang tanya kenapa pilih eQurban sebagai wakil untuk buat korban tu? Kenapa pilih untuk buat korban di Kemboja?

Sue pilih eQurban sebagai wakil untuk laksanakan ibadah qurban di Kemboja sebab :

  1. Kenal dengan pemilik syarikat eQurban.
  2. Yakin dengan pelaksanaan korban yang dibuat oleh pihak eQurban di Kemboja (dah tengok sendiri).
  3. Harga lembu dan kambing lebih murah berbanding harga di Malaysia.
  4. Mudah untuk buat tempahan, boleh buat tempahan korban secara online di laman web eQurban.com
  5. Untuk beri sumbangan kepada umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan. Kalau ada pakaian nak didermakan boleh hubungi pihak eQurban.
Shopping kasut murah di Kemboja
Sempat shopping kasut di Kemboja. Harga murah giler (abaikan muka tengah excited pilih kasut)

Tempahan Lembu & Kambing eQurban untuk Korban dan Akikah

Tahun ni lembu dan kambing eQurban ada kenaikan harga sikit atas faktor mata wang USD yang digunakan di sana.

Kenaikan mata wang USD menyebabkan kos penternakan di Kemboja pun turut meningkat.

Harga terkini lembu dan kambing eQurban untuk tempahan korban dan akikah adalah seperti dalam jadual di bawah ni:

BILANGANHARGA
1 Bahagian Lembu (Kemboja)RM400
1 Ekor Lembu (Kemboja)RM2,800
1 Bahagian Lembu (Malaysia)RM650
1 Ekor Lembu (Malaysia)RM4,250
1 Ekor Kambing (Malaysia)RM800
1 Ekor Kambing (Luar Negara)RM650
1 Ekor Kambing MEKAH (Musim Eiduladha sahaja)RM550

 
Untuk buat tempahan korban boleh layari laman web rasmi eQurban.com.

Buat bayaran ke akaun bank eQurban mengikut jumlah tempahan, kemudian isi dan hantar borang tempahan beserta bukti bayaran.

Semua urusan secara online. Senang kan?

Tempah Qurban / Aqiqah dengan eQurban.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *