Siang tadi pergi KPDNKK Putrajaya untuk renew lesen perniagaan SSM. Entah macam mana bulan lepas boleh terlupa pulak kena tukar sijil SSM yang baru. Dah tamat tempoh baru teringat.
Rasa rugi sangat sebab dah terlepas promosi daftar dan renew perniagaan RM50 untuk 5 tahun. Dah la kena bayar denda tadi sebab terlewat renew lesen. Haha. Nasib baik tak banyak mana kena bayar.
Tapi kalau dapat renew masa promosi tengah berjalan baru-baru ni lagi best. Untung laa sape dapat daftar atau renew SSM masa tu.
Pergi SSM Putrajaya
Sebelum ni Sue renew lesen perniagaan SSM kat Bank Simpanan Nasional (BSN). Penat giler buat urusan SSM kat BSN, nak kena menunggu sebab ramai sangat orang.
Tadi hampir-hampir nak pergi SSM di KL Sentral. Nasib baik encik suami cakap member dia bagitau kat Putrajaya pun ada SSM.
Dekat sikit dengan rumah. Orang pun tak ramai sangat. Lebih kurang 3-4 orang je kot yang tunggu giliran masa Sue pergi tadi. Tak sampai 15 minit dah siap urusan renew sijil perniagaan SSM.
Lokasi SSM Putrajaya
Lokasi SSM di Putrajaya terletak di lobi dalam bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Presint 2 Putrajaya.
Bila dah sampai situ Sue tanya abang pengawal kat mana letaknya pejabat SSM sebab takde nampak apa-apa signboard pun yang tunjuk wujudnya SSM kat situ (atau Sue yang tak perasan).
Mungkin sebab tu kot tak ramai orang buat urusan SSM kat situ. Bagus laa. Kalau ramai sangat yang datang situ mesti penat nak kena tunggu giliran setiap kali nak renew SSM.
Oleh kerana promosi SSM yang bayar RM50 untuk tempoh 5 tahun tu dah tamat, Sue renew untuk 2 tahun je ditambah dengan bayaran denda sebanyak RM20 sebab sijil SSM dah tamat tempoh.
Lesen perniagaan kini kembali aktif. Cuma bisnes je tak berapa nak aktif.
Harap-harap dalam tahun 2013 ni akan ada perubahan dan peningkatan yang positif dalam urusan bisnes yang dirancang dan yang diusahakan. Aminn..
untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.
Argh!! Saya pun terlupa. Ok. Esok kena g renew. ;(
Sya tak sempat nak daftar hari tu. ada aral melintang. tau pasal ni pun masa 2nd last day. Member sempat lah daftar.
@Sya Isya, rasa rugi je tak sempat daftar hari tu kan? kalau sempat dapat jimat banyak duit..
sis bisnes apa ya?
@azrijohan, bisnes kecil-kecilan je.. tapi tak berapa aktif sangat.. kadang2 buat, kadang2 tak.. tahun 2013 ni baru nak plan betul2 untuk run bisnes.. In Shaa Allah..