Mozilla Firefox merupakan web browser kegemaran Sue. Ada macam-macam Addons Firefox yang boleh kita pasang. Best! Walaupun ramai yang cakap Google Chrome lagi best sebab laju.
Tapi Sue rasa sama je.
Chrome ada juga add-ons (dipanggil extension) yang tersendiri tapi Sue dah terbiasa menggunakan Firefox. So, kekal jela guna Firefox sampai sekarang.
Sue kadang-kadang pelik jugak. Ada terbaca tweet beberapa orang rakan Twitter dan Facebook cakap Firefox selalu crash. Selama Sue pakai Firefox ni, tak pernah lagi crash. Sentiasa berfungsi dengan baik.
Crash tu mungkin sebab ada yang tak kena pada komputer atau laptop korang kot. Try la cuci apa-apa yang patut kat komputer, lepas tu uninstall dan install balik Mozilla Firefox.
Setahu Sue, tu je jalan penyelesaian bagi masalah crash pada browser. Kalau proses reinstall pon tak dapat setel jugak masalah tu, tak tau la nak buat macam mana lagi. Kena rujuk kepada yang pakar.
Ok.. Kat sini Sue nak share 10 Add-ons Firefox yang terpasang kat web browser Mozilla Firefox yang Sue pakai. I Love Firefox! Hehe..
10 Addons Firefox Yang Perlu Ada
WEB OF TRUST (WOT)
WOT berfungsi menunjukkan rating bagi sesebuah laman web (di Google Search Engine) sama ada selamat untuk dilayari ataupun tidak.
Ikon-ikon bulat berwarna hijau, kuning (oren kot) dan merah yang muncul mewakili rating sesebuah web di mana ikon hijau menunjukkan ianya selamat untuk dilayari, manakala ikon bulat berwarna merah menunjukkan web tersebut mempunyai unsur-unsur spyware, adware, spam, virus, phishing, internet scam, dan lain-lain yang dikhuatiri boleh membahayakan.
SEARCH STATUS
Seorang blogger mungkin memerlukan tool seperti ni.
Tool yang memaparkan Google PageRank, Alexa rank, Compete ranking dan SEOmoz Linkscape mozRank di browser, juga dengan fungsi fast keyword density analyser, keyword/nofollow highlighting, backward/related links, info Alexa dan banyak lagi.
FIREBUG
Salah satu add-ons Firefox yang perlu ada bagi seorang blogger yang mahukan fungsi edit, debug, monitor CSS, HTML dan JavaScript secara terus di mana-mana laman web.
Tuan punya blog AnarmNet ada sediakan serba sedikit info tentang Pengenalan Firebug.
WISESTAMP EMAIL SIGNATURE
Fungsinya untuk membuat signature email yang membolehkan kita masukkan beberapa perkara menarik seperti menambah feed blog (RSS), share blog post secara auto, bookmark, video, social feed atau petikan kata-kata di dalam signature email.
WiseStamp juga membenarkan kita dengan mudah meletak logo atau image pada signature, link ke laman social (mengandungi link dan profile yang disertakan dengan icon) dan bermacam-macam lagi.
Ianya mampu menarik perhatian penerima email dengan paparan signature email yang cantik dan boleh diubah-ubah mengikut citarasa.
EASY COMMENT
Memudahkan kerja-kerja meninggalkan komen di blog-blog yang dilawati. Dengan hanya sekali klik, ruangan nama, email dan URL blog akan diisi secara automatik.
Menjimatkan masa setiap kali ingin meninggalkan komen tanpa perlu menaip kembali pada setiap ruangan.
DOWNTHEMALL
DownThemAll merupakan download manager yang dipasang di Firefox. Fungsinya dah tentu la digunakan untuk mendownload.
Keistimewaannya, DownThemAll melajukan speed download hingga 400% dan membenarkan kita pause dan sambung kembali kerja-kerja download pada bila-bila masa.
WEBMAIL NOTIFIER
WebMail Notifier berfungsi memeriksa akaun email kita dan memberitahu kita sekiranya ada email yang belum dibaca beserta jumlah email tersebut.
Ianya menyokong banyak penyedia perkhidmatan email seperti Gmail (Gmail & Google Apps), Yahoo! (yahoo.com, ymail.com, rocketmail.com, yahoo.co.jp), Hotmail (hotmail.com, msn.com, live.com), AOL (aol.com, aim.com, mail.com), POP3/IMAP dan lain-lain.
GREASEMONKEY
Membenarkan kita customize paparan dan fungsi sesebuah laman web dengan menggunakan JavaScript ringkas. Laman http://userscripts.org menyediakan beratus-ratus scripts yang boleh digunakan pada Greasemonkey yang menyokong penggunaan untuk pelbagai jenis laman web yang popular.
RAINBOW COLOR TOOLS
Sue gunakan addons Rainbow Color Tools ni untuk dapatkan code color yang terdapat pada mana-mana web.
Addons ni juga membolehkan kita lihat color yang digunakan pada sesebuah laman web. Bagus bagi sesiapa yang suka tukar-tukar color kat blog.
FEBE
Digunakan untuk backup segala addons yang kita guna kat Firefox. Mana la tahu kot2 Firefox tiba-tiba bermasalah, addons dah ada backup, so tak payah dah susah2 nak install balik addons tu satu-satu.
Siap jugak senaraikan 10 addons menarik ni. Korang mungkin ada addons lain yang menarik jugak kan? Kongsi-kongsi la kat ruangan komen ek..
Nice Entry..thanks ya for information =_=…ha..SkY fOllow blog ni ya..visit Story pOndOk KeciL untuk ketahui rahsia terkini =_=
@Mr.TN_SkY: sharing is caring org ckp.. 😎
btw, sue dh melawat blog SkY, nice, bnyk info.. and dh follow balik.. 😉
salam, good info 🙂
emm…btul jgk sue…chrome mmg kdg2 crash gak…mozilla yg baru ni mmg ok…hehe…btw,br tau skit2 sal add-ons ni…thanks sue!;)
fuyoo, saya pulak suka guna firebug dengan netvideohunter
mudah sikit nak donload video..hehe
@syahrilhafiz, mekasih share pasal NetVideoHunter tu.. seblom ni donlod video pakai IDM.. pasni bleh try NetVideoHunter plak.. TQ
@Suraya, ha ah, lagi mudah pada pakai idm tu…
dalam facebook, rtm semua ke apa ke cepat je boleh sedut 😆
nice info ni!
Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia
Dalam banyak2 add ons kat atas, Yied guna satu je…. Iaitu Easy Comment. Senang nak blogwalking dan komen blog…. Huhu…. Sebenarnya banyak, tapi Yied uninstall…. Firebug dulu Yied pernah guna… Pastu uninstall…
@Yiedpozi, pernah guna addons No.1 (WOT) dan 2 (SearchStatus)?
firefox ftw :heart: :heart: :heart:
banyak juga ya.. tapi guna sikit2.. jer.. kalau banyak2 pun nanti lambat jadinya.. hoho
@zik, ada lagi 3 4 5 addons yang tak masukkan dalam senarai.. hehe.. orang cakap pkai addons banyak2 bleh jadi berat.. tapi rasanya firefox versi terkini dah improve kelemahan tu kot.. sebab tak pernah rasa berat pon.. 1st time run firefox pon die bukak ok je.. takde la lama sgt macam versi yang dulu2.
thanks sharing.. nak psg add on 1,2,9,10.. yg lain byk dah psg..
saya pengguna Chrome.. tapi kadang2 pkai firefox jugak.. sume addons yg disenaraikan tu memang dah terpasang dalam firefox saya.. addons yg sgt bagus..
nice sharing..
@PenTulis, guna addons sama jugak ke? best kan? sayang firefox..
Firefox memang web browser terbaik.. :wub:
@Anarm, terbaik macam bro :w00t:
@syahrilhafiz, anarm memang baik.. hehe..
menarik gak erk Mozilla ni. Tapi aku lebih familiar dengan Chrome la. Mozilla ni agak pening aku dibuatnya :whistle:
@Amry, chrome kadang2 crash je.. kadang2 ada web yang berselerak, tp bila bukak pkai firefox elok plak web tu.. tak tau nape.. sebab tu lebih suke firefox ni..