Tadi terima Whatsapp dari kawan yang akan pergi bersama-sama Sue bercuti ke Kuching pada hari sabtu ni. Dia tanya “Sue, kita naik flight AirAsia kat mana nanti?“.
Baru la Sue teringat nak check pasal tu. Asyik lupa je nak check. Dah sampai masa baru terhegeh-hegeh nak check ye.. hehe..
Dah tau AirAsia berpindah ke KLIA2 bukan LCCT lagi cuma tak tahu details dan bila start.
Mungkin ada yang belum tahu lebih lanjut pasal perpindahan ni macam Sue kan. Ni ada sikit maklumat yang mungkin berguna untuk korang yang akan menggunakan penerbangan AirAsia dalam tempoh terdekat ni.
Semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dari Kuala Lumpur dan ke Kuala Lumpur akan berpindah ke KLIA2 bermula Jumaat, 9 Mei 2014. Tapi ada beberapa penerbangan pada 8 Mei 2014 yang akan mendarat di KLIA2 secara terus dan bukan di LCCT.
Penerbangan AirAsia Yang Terlibat
Syarikat penerbangan lain seperti Malindo, Lion Air, Cebu Pacific akan memulakan operasi di KLIA2 bermula 2 Mei 2014. Bagaimanapun AirAsia masih di LCCT sehingga 9 Mei 2014.
Jadual perjalanan anda tidak akan terganggu sama sekali sepanjang tempoh masa peralihan ini antara 2 Mei – 9 Mei 2014.
Seluruh kaunter imigresen, keselamatan dan kastam masih beroperasi seperti biasa di LCCT sepanjang tarikh tersebut, termasuk pengangkutan awam ke LCCT.
Nasib baik check. Flight Sue ke Kuching dan balik ke Kuala Lumpur nanti tak terlibat. AirAsia masih mendarat di LCCT.
So, senang la sebab dah biasa kat kawasan tu (ayat macam selalu je naik flight, padahal setahun sekali belum tentu.. hihi).
Tapi sebenarnya masa print Boarding Pass hari tu dah tulis siap-siap naik kat mana. Nampak sangat tak tengok betol-betol. Tengok nama, masa dengan date je.. hihi
Tapi jangan risau, kalau yang tak biasa tu, perkhidmatan bas ulang-alik percuma di antara KLIA2 dan LCCT akan disediakan oleh Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).
Transit percuma ini beroperasi dari 1 Mei hingga 15 Mei 2014 dan shuttle bas akan disediakan setiap 15 – 20 minit.
So, kalau korang park kereta kat LCCT masa flight korang bertarikh sebelum 9 Mei dan flight balik korang mendarat di KLIA2, korang boleh guna bas percuma yang disediakan ni.
Di LCCT penumpang boleh menaiki bas ulang-alik ini di kawasan perkhidmatan bas di LCCT (tempat biasa di Lane 3 di hadapan LCCT, bersebelahan dengan lorong teksi), manakala tempat untuk naik bas di KLIA2 ialah di Tingkat 1 terminal KLIA2.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di laman web AirAsia ye.
Macam mana agaknya rupa KLIA2 nanti. Mesti lagi besar dan meriah dari LCCT.
Sykurlah,harap ianya jauh lebih selesa dibandingkan sekarang.