Tiket Bulanan KTM Komuter mungkin antara yang ditunggu-tunggu oleh pengguna tetap perkhidmatan awam ni setelah Kad Komuter 1Malaysia yang telah tamat tempoh penggunaannya pada Oktober tahun lepas.
Tiket bulanan KTM ni dapat jimatkan perbelanjaan tambang pergi balik kerja setiap hari.
Mulai 1 April 2014 yang lalu, KTM KOMUTER telah memperkenalkan tiket bulanan yang menawarkan perjalanan bulanan di dalam rangkaian KTM Komuter.
Tempoh sah penggunaan tiket komuter adalah dari hari pertama setiap bulan sehingga hari terakhir bulan tersebut.
Penumpang KTM boleh mendapatkan tiket bulanan bermula dari 25 haribulan hingga 5 haribulan berikutnya di semua kaunter tiket KTM KOMUTER.
Harga tiket bulanan adalah bergantung kepada stesen permulaan dan destinasi pengguna komuter.
Faedah Tiket Bulanan KTM Komuter
Kalau dulu (masa bujang) Sue sempat beli sekali tiket bulanan komuter sebab memang pergi kerja naik komuter. Lepas tu diorang dah tak keluarkan dah.
Memang jimat beli tiket bulanan ni. Kita boleh naik komuter hari-hari selama satu bulan tu kerana ianya adalah perjalanan tanpa had, tapi hanya ke destinasi yang tercatat pada tiket tu je tau.
Kalau ikut promosi istimewa ni, kita boleh jimat sehingga 33% dengan tiket bulanan KTM Komuter sebab hanya perlu bayar tambang pergi balik untuk 20 hari je, tapi kita boleh guna tiket tu untuk tempoh sebulan.
Kan dah jimat tambang untuk 10 hari atau 11 hari lagi tu.
Lagi satu faedah yang Sue suka dan korang pun mesti suka, kita akan rasa mudah kerana bebas naik komuter tanpa perlu beratur panjang nak beli tiket lagi setiap hari.
Kalau guna Touch N Go pun tak perlu beratur panjang nak beli tiket, tapi tak dapat la diskaun 33% tu.
Tiket bulanan ni juga disertakan sekali dengan Promosi Istimewa. Di samping dapat diskaun sebanyak 33% kita juga akan terima baucer bernilai RM5 untuk setiap pembelian tiket bulanan.
Baucer ni boleh guna untuk nikmati potongan harga RM5 bagi pembelian tiket bulan berikutnya. Boleh juga kumpul dulu banyak-banyak sampai cukup untuk beli tiket bulan seterusnya.
Kan lebih jimat tu beli tiket guna baucer je.
Oh, ya terlupa pulak.. Pengguna tiket bulanan ni juga berpeluang menang cabutan bertuah. Pihak KTM Komuter ada buat cabutan bertuah untuk pilih 10 pemenang bertuah setiap bulan.
Hadiahnya berupa Tiket Bulanan PERCUMA untuk bulan berikutnya.
Promosi istimewa ni tamat pada Oktober 2014. Kejap je diorang buat promosi rupanya. Sue pun baru tahu minggu lepas, tertengok bunting yang diorang gantung kat stesen komuter.
Tinggal 6 bulan je lagi. Lama jugak tu. Cepat-cepatlah beli tiket bulanan KTM komuter ni.
Di samping dapatkan baucer RM5, untung-untung menang cabutan bertuah. Jimat tambang pergi kerja balik kerja, kan.
Sayangnya, Sue sekarang dah tak bujang lagi. Naik komuter pun tak menentu. Kadang-kadang naik, kadang-kadang tak sebab Encik Suami hantarkan sampai depan ofis.
Kekadang tu, Sue kerja tak cukup 20 hari pun sebulan sebab ada public holiday la, term break la. Agak merugikan di sini setelah dibuat pengiraan.
Guna Tounch N Go jela, senang sebab malas nak beratur beli tiket, kena sedia duit cukup-cukup dan yang paling penting dapat menjaga alam sekitar. No more ticket paper!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak KTM Komuter melalui :
Twitter : @ktmkomuter
Pusat Panggilan : 1 300 88 5862
Email : komuter4u@ktmb.com.my
Sebelum beli tu lebih baik korang buat pengiraan terlebih dahulu, jimat atau rugi kalau beli tiket bulanan ni berbanding beli tiket hari-hari atau guna Touch N Go. Kira kekerapan korang guna komuter pada bulan tu.
Bagaimana nak beli pas bulana .dari kuang ke seremban bulanan
adakah harga tiket pass bulanan akan meningkat dari bulan decenber 2015?
macam best je tiket bulanan ni. tapi nak beli bukan naik ktm selalu. sy selalu naik erl. dulu ade la diskaun 10% bila guna TnG. sekarang dah normal fare dah. no more 10%