Alhamdulillah, 31 Ogos menjelma lagi. Dan 31 ogos kali ni amat istimewa kerana ini merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan Sue dengan En.Suami.
Setahun yang lepas, tepat jam 9.24 pada malam 31 Ogos secara rasminya kami sah menjadi suami isteri. Kejap je rasa dah setahun rupanya kami kawin. Rasa macam pengantin baru je lagi.. hihi
Ikatan Perkahwinan
Sepanjang setahun tempoh perkahwinan kami ni banyak yang telah Sue belajar. Belajar manage masa untuk keluarga dan kerjaya, belajar jadi lebih peramah terutamanya ketika berada bersama keluarga mertua (FYI, Sue ni pemalu orangnya tau..)
Belajar memasak, dan macam-macam lah lagi yang Sue belajar bagi menceriakan, membahagiakan dan mengharmonikan lagi rumahtangga kami.
Dah menjadi tradisi keluarga Sue kot, anak perempuan bila dah kawin akan bertambah βsihatβ badannya. Tak percaya tengok lah badan Sue, makin βsihatβ kan?.. hehe..
Bagi yang baru kenal Sue mungkin tak perasan akan βkesihatanβ ni.
Tapi bagi kawan-kawan lama, ayat pertama yang keluar dari mulut diorang bila jumpa Sue, βwah! makin sihat ye kau sekarangβ, βgemoknye mu loniβ dan macam-macam lagi lah ayat yang seangkatan dengannya.
Apa-apa pun Sue suka akan βkesihatanβ ni. Dah banyak isi. Kalau dulu bila pegang rasa tulang je.
Cuma sekarang ni kena kurangkan sikit berat badan sebab macam dah terlebih sudah. π
Untuk suami ku, sayang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada perbuatan, tutur kata yang mungkin mengguris hati abang dalam sayang sedar atau tidak. Halalkan segala makan minum sayang selama ini ye.
Semoga ikatan perkahwinan yang kita bina ni akan kekal hingga akhir hayat kita, sentiasa dalam keberkatanNYA, sentiasa dipermudahkan segala urusan kita olehNYA, dan semoga Allah memakbulkan doa kita untuk mendapat zuriat secepat mungkin.. aamiin
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN kita yang pertama untuk suami ku Khairul Anam. Terima kasih abang untuk segala-galanya. I Love You!
ikhlas dari hati isteri mu. muaahh! π
Ehh, terjiwang pulak kat sini.. takpe la kot skali skala.. hihi
Ok lah.. akhir kata, sempena 31 ogos ni, Sue juga nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 56 kepada semua pembaca blog surayasagi.com.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
baru tahu rupanya wife Anarm….biasa terjah blog dia jer…wife dia pun ada blog jugak…..best kalau dapat sekepala dan sefahaman……happy anniversary………hehe
mekasih ye π
camne boleh tahu ni? hehe
Selamat ulangtahun perkahwinan! Semoga kekal berkasih sayang hingga ke akhir hayat ya π
aamiin.. terima kasih ye π
selamat ulangtahun perkahwinan yg ptama …
semoga bahagia hingga akhir hayat hendaknya π
aamiin.. aamiin.. mekasih namia π
So sweet.. selamat ulangtahun pertama.. moga bahagia bersama sama hingga hujung nyawa..
hihi.. mekasih ye
Selamat ulang tahun perkahwinan, semoga berkekalan selamanya… Aminn ya rabb
aamiin.. mekasih eizil π