Photobook Album Gambar Kahwin

Dah setahun Sue dan suami berkahwin baru sekarang dapat buat photobook album gambar bercetak. Masa kahwin dulu cuma upah photographer untuk ambil gambar. Takda buat photo album atau storybook sebab nak jimat belanja kahwin.

Lagipun tengok contoh custom album yang kawan-kawan pernah buat macam biasa-biasa je. Boleh buat sendiri kot.

3 minggu lepas masa kat ofis, boss Sue tunjuk album gambar-gambar dia ambil semasa travel merata tempat luar negara. Bila tengok album gambar tu rasa puas hati pulak dengan kualiti gambarnya.

Sue pun borak dengan dia tanya kat mana buat album gambar tu? Berapa harga?

Dia pun bagitau buat online kat website Photobook Malaysia.

Kebetulan masa Sue tengok website tu ada promosi diskaun 65% untuk photobook album. Terus Sue bagitau suami nak buat album kahwin.

photobook malaysia

Sebelum ni dah tau boleh order custom album melalui online cuma masa Sue survey harga dulu banyak yang mahal. So, tak jadi la nak buat.

Bila tengok kat PhotoBook ada diskaun 65% dan harga pun agak murah, sebab tu terus bercadang nak buat album kahwin.

Promosi Photobook Malaysia

Kat laman web PhotoBook Malaysia klik menu “Promotion” untuk tengok promosi-promosi yang ada masa tu.

Boleh pilih promosi mana yang kita nak. Lepas tu beli kupon voucher dengan harga diskaun untuk digunakan semasa buat tempahan album. Pembelian voucher boleh bayar guna Credit Card (Visa, Mastercard) dan Paypal.

Selain album kahwin, boleh jugak buat untuk apa saja album gambar.

Design PhotoBook

Download software “Photobook Designer” untuk kerja-kerja masukkan gambar dan design album.

Boleh pilih templet yang dah disediakan (readybooks) atau buat design sendiri menggunakan software tu.

Mula-mula guna software Photobook Designer rasa pening sikit. Tapi sebenarnya senang je sebab dia ada fungsi Assistant yang akan bantu kita untuk faham apa fungsi tools yang ada dalam tu.

photobook designer

photobook designer
Workspace untuk susun gambar dan masukkan design photobook.

Software Photobook Designer ni berfungsi secara offline. Kita boleh save kerja dan sambung buat pada bila-bila masa. Lepas dah siap design, boleh check artwork untuk tengok kerja tu dah complete atau belum.

Bila semua dah siap dan korang pun dah puas hati dengan design photobook korang tu, boleh la online order guna software tu juga. Hanya ikut steps yang diminta dan last skali gunakan code voucher untuk bayaran.

Dalam tempoh 4-6 hari waktu bekerja, photobook yang dah siap dicetak akan dihantar sampai depan pintu rumah.

Album gambar kahwin kitorang dah siap. Ingat lepas ni nak buat album gambar zaman bujang pulak, masa mula-mula bercinta dulu. Hehe.

12 Comments

    • Wasalam.. Sorry lambat reply..
      Yang ni sue buat masa ada diskaun. RM89, 11inch x 8inch. Ada yang lagi murah. Kena pandai survey. Kalau Lina nak, kena selalu bukak website photobook tu, check promosi apa yang ada sekarang ni.

      Sue suka photobook.com.my ni sebab dah tau kualiti dia macam mana. Photobook dari company lain tak pasti la pulak.

  1. hari tu dpt voucher groupon.. kte amik saiz 6×6 tp xreti nak susun gmbr tu mcm mne.. takut letak 1 page byk gmbr kecik plak jadinya.. huhu.. ade tips ?

    • a’ah.. buat banyak2 ye.. hehe.. tahan lama skit simpan dalam bentuk buku, kalau photo paper cepat rosak kalau suhu lembap atau panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *