Minggu lepas adalah minggu yang paling ditunggu oleh semua pekerja Heguru, sebabnya minggu takde kelas dan waktu bekerja disingkatkan. Kerja hanya 3 hari je, lagi 4 hari cutiii.. Sue dengan en. suami dah rancang nak balik kampung mertua (mak dan abah suami) di Perak hujung minggu tu.
Susah kitorang nak dapat cuti sama-sama macam ni sebab Sue memang kerja hujung minggu, awal minggu baru cuti. Alang-alang dah cuti ni ape lagi, balik kampung ler.
Balik Kampung Mertua
Habis kerja hari Jumaat malam tu terus gerak balik Perak. Perak dekat je, kuar dari rumah dekat2 kul 9 malam, jam 12.15 tengah malam dah sampai kampung mertua di Chenderong Balai, Perak.
Satu Hari Yang Menyeronokkan
Hari pertama di kampung (sabtu) Sue dan en.suami pergi mandi air terjun Lata Kinjang yang terletak di Chenderiang, Perak.
Setelah lebih kurang sejam perjalanan akhirnya kami sampai di Lata Kinjang. Kuar dari kereta pun dah boleh rasa kesejukan air terjun situ. Tak sabar dah nak gi mandi.
Kami pergi berempat, Sue, en.suami dan mak abah. Mak abah pulak yang tolong jaga kan barang masa kitorang tengah syok mandi.
Bukan nak dera okay, mak abah yang tak nak mandi, diorang nak tengok-tengok je.
Jom layan gambar sepanjang kitorang kat sana.
Lepas dah siap makan, kemas-kemas barang, gi tukar baju kat tandas awam kat situ kami pun berangkat balik rumah. Sangat seronok dapat mandi air terjun sebab dah lama sangat nak pegi tempat ni.
Malam nya pulak Sue ngan en. suami kuar jalan-jalan di bandar Teluk Intan. Menikmati pemandangan kat Menara Condong.
Mak abah tak ikut sebab diorang ada program masing-masing. Kalau tak, boleh dating berempat lagi.. hehe
Kebetulan pula malam sabtu, ada pasar malam di bandar Teluk Intan. Banyak gerai kat situ. Pasar malam tu betol-betol bersebelahan dengan Menara Condong.
Harga barang-barang yang dijual pun agak murah berbanding dengan pasar malam di KL.
Setelah penat jalan-jalan dan dah dapat 2 helai t-shirt RM6 satu dari pasar malam, kami pun balik ke rumah. Penat dah badan seharian kuar mandi air terjun, jalan-jalan lagi di bandar.
Hari kedua (Ahad), lepas solat zohor kami dah gerak balik KL. Isnin en.suami dah start keja walaupun cuti Sue masih berbaki 2 hari lagi.
Takpe, rehat-rehat kat rumah pulak.
Terima kasih mak abah sebab senang hati temankan kami suami isteri jalan-jalan. Balik lain kali kita gi jalan-jalan lagi ye. Sangat seronok balik bercuti di rumah mertua kali ni walaupun sekejap.
Masa kat Lata Kinjang tu tak terjumpa ke anak2 orang asli yg tinggal kat kawasan tu.
Kalau kita mandi kat kolam bawah, depa siap slide dari batu2 atas tu, siap buat stunt lagi. Tak jumpa budak2 10-11 tahun kat situ yg habis gila daredevil tu?
ada.. nampak diorang dok wat aksi2 yang mencemaskan tu.. brani btol kan.. dah tempat dia kot tu yang berani, dah biasa. Ramai yg dok tengok lagi diorang nak wat.
Hidup datuk nenek kita dulu pun mungkin semudah, seringkas mereka.
Mandi dengan kawan2 pun dah cukup seronok. Walaupun mandi tempat yg sama tiap2 hari.
What a simple and beautiful life yek?
bestnya bestnya..hehe.. dah lama tak mandi air terjun
aduiiii bestnya sue dapat mandi manda di air terjun, lepas tu makan2… huhu teringin sangat sangat
@sweetkurma, memang best.. jom kita wat rombongan gi mandi air terjun.. hehe
wahh syioknya mandi sungai, rasa nak join jek, eh gaya kita peace same hehhehe pas mandi shopping, mmg terapi minda ni
@ajumohit, ha’ah la.. sama.. baru prasan hehe..
bukan terapi minda ni.. terapi kaki.. haha
alamak, berenang kat air paras 2kaki…heee.
menara condong makin cantiklah dgn lampu warna warni..
@Denaihati, air tak sampai 2 kaki kot.. saje la tu eksen konon2 tengah berenang.. haha
a’ah.. cantik.. ralit je dok tengok lampu tukar2 kaler..
wah..bestnya g lata kinjang..sy yg duduk dekat ni pun 2 kali je br g situ..selalu g kuala woh je..hehe
@Ibu Mifzal Arsyad, org perak rupanye.. hehe..
owh.. ada lg air terjun lain dekat2 ctu.. family mertua takde cite la pasal kuala woh.. jauh skit kot dari rumah kitorang sbb tu dok ckp psl lata kinjang je..
@Suraya, hehe…sy bukan org perak..tp tinggal di perak. Kuala Woh tu kat jalan nak ke cameron highland melalui tapah. Ada satu lg lata kat jalan tu..Lata iskandar…boleh la gi sana pula nnt..
wah wah waaahhhh… seronok ke lata kinjang tuh… tapi first time aku tengok menara condong warna-warni.. dulu takde.. hehehee
@KiD, hehe.. seronok la jugak.. kalau gi ramai2 lain seronok, bleh wat macam2 aktiviti..
Bestnyerrrr mandi air terjun…..dah lama x massage dengan air terjun yang sejuk dan nyaman tu….insyaALLAH cuti sekolah nanti nak ke sana lah..:-)
@Mohd Azwan Bin Mohd Buang, best sangat2.. sejuk, nyaman je.. kalau nak pergi tu elok gi pagi, tak ramai sangat orang, tghari dh bleh balik.. tandas nak tukar pakaian pn tak sesak lagi time tu.. kalau lewat skit memang beratur lama la nak tunggu giliran.
Hm… seronoknya..
@Oneblogsocial.com, seronok sangat.. biasa la, orang dok bandar, jarang ada peluang nk gi mandi manda kat air terjun camtu.. :happy:
Salam,
Seronoknya gi picnic, lama betul tak pi mandi manda macam ni, last masa study dulu..dah berbelas tahun kot hahahaa.
pernah sampai kat menara condong tu tapi siang hari, baru tau kalau malam lampu tu bertukar2 kaler ye.
Cantik gambar2 dalam ni, guna kamera baru tu ye?
@yanmie, wasalam,
hahaha.. lama sangat dah tu kak.. sue last 2 tahun lepas kot gi air terjun. Nanti irfan dah besar bleh la akak bawak diorang berkelah kat air terjun.. mesti sronok.
a’ah.. gambar dlm ni sume amik pakai kamera baru tu.. hehe..
Sue dah 3 kali kot sampai kat menara condong waktu malam.. tapi kali ni baru nak amik gambar sebab dh ada kamera yang bleh hasilkan gambar yg cantik tnpa perlu banyak edit.. :biggrin: