Tengah hari semalam (Rabu) Company tempat Sue kerja telah mengadakan satu jamuan perpisahan untuk kawan-kawan Sue yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di sini.
Kenangan dengan korang sangat bermakna. Banyak suka duka kita harungi bersama. Good Luck to all of you Meija, Aini and Vivian.
Walaupun kita dah tak jumpa hari-hari, sakat menyakat macam dulu-dulu, tunggu tren sama-sama, tapi Facebook kan ada. Pape hal jumpa kat Wall ye.
Tak nak cakap banyak. Jom lah layan gambar masa majlis tu. Makanan Set Popeyes ditaja oleh company.. layannzzz 😀
Sedap jugak rasa Popeyes ni. Ni first time Sue makan Popeyes. Biasa makan KFC je.
Ok la sebab ada nasi dan side dish. Cukup mengenyangkan. Cuma set menu kat Popeyes ni tak termasuk air. Air kena order lain.
Gambar Jamuan Perpisahan Aini, Meija dan Vivian
Sejujurnya Sue tak rasa sedih, malah tumpang gembira atas pemergian diorang ni oleh kerana sebab-sebab yang Sue sendiri paham, dan demi masa depan mereka yang lebih baik.
Sue mohon maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, tergurau yang terlebih-lebih dengan korang sepanjang perkenalan kita selama ini ye.
Sue sangat bertuah dapat jumpa, kenal dan berkawan dengan korang. Susah nak dapat officemate sekepala macam korang ni walaupun jarak umur kita berbeza-beza.
Semoga korang lebih success di luar sana.