Beberapa minggu yang lalu Sue pergi jalan-jalan kat Mid Valley lepas habis kerja. Singgah kedai Daiso sekejap tengok-tengok barang yang dijual kat situ. Lepas tu ternampak bekas buat aiskrim “Ice Pop Maker“.
Sue pun terus beli lepas fikir best jugak buat aiskrim sendiri. Hari-hari boleh makan aiskrim.
Harga bekas buat aiskrim ni pun tak mahal, cuma RM5 je kat Daiso. Murah kan? Dah banyak kali dah Sue buat aiskrim sendiri guna bekas aiskrim ni.
Encik suami pun suka makan.
Cara Mudah Buat Aiskrim Sendiri di Rumah
Biasanya Sue buat aiskrim guna air kotak perisa coklat (susu coklat HL).
Tuang dalam bekas aiskrim tu dan masukkan dalam peti ais. Bila dah keras jadilah aiskrim coklat. Hehe.
Kadang-kadang guna air Bliss. Sedap jugak.
Lepas ni nak try buat aiskrim perisa lain pulak guna bahan-bahan untuk buat aiskrim. Kalau rajin lah..