Satay Menara Lembut dan Sedap

Minggu lepas encik suami tiba-tiba wasap ajak makan satay menara. Food review untuk blogger katanya. Kebetulan hari tu Sue cuti bolehlah join. Kalau hari kerja memang tak sempat kot nak pergi.

Tapi segan jugak nak pergi sebab Sue jarang update blog dan tak kenal sangat dengan blogger lain.

Food review hari tu kitorang makan Satay Menara kat Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko. Sebelum kahwin dulu rumah Sue kat area situ. Memang tahu sangat jalan nak ke sana.

Satay Menara Pusat Hentian Kajang Jalan Reko

Lebih kurang pukul 8.30 malam kitorang sampai. Tengok blogger Hazman Fadzil, Shakiddo, Hafiz Rahim dan Cik Lily Putih dah pun ada kat sana.

Malam tu kitorang makan satay ayam, satay daging, satay kambing dan satay arnab. Dah tak ingat makan berapa cucuk sebab dia hidang banyak.

Sue makan satay ayam, satay daging dengan satay kambing je. Satay arnab Sue tak makan. Tak berapa suka.

Satay Menara Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko

Satay Menara lembut dan sedap

Satay Menara ni dibuat menggunakan bahan buatan sendiri termasuk kuah kacang. Rempah ratus dan ramuan yang digunakan untuk Satay Menara ni merupakan resepi asal daripada kedua orang tua pemilik Satay Menara yang mempunyai pengalaman berniaga satay selama 13 tahun.

Satay Menara menggunakan bahagian daging berkualiti. Satay ayam dia menggunakan bahagian dada ayam. Satay daging guna tenderloin beef yang lembut.

Kuah kacang pulak dibuat khas dengan campuran gula melaka yang berkualiti. Hasilnya, daging satay yang lembut dan penuh dengan rasa rempah ratus. Memang sedap!

Sembang Teh O Ais Blogger Satay Menara

Lepas semua dah kenyang makan satay, kitorang borak-borak dengan pemilik Satay Menara iaitu Encik Mizan Mahram. Macam-macam soalan dan jawapan keluar waktu tu.

Sue cuma dengar je sebab taktau nak cakap apa. Hehe.

Menurut pemiliknya, Satay Menara dapat nama tu sebab semasa di Johor lokasi gerai satay dia dekat dengan pencawang Telekom. Orang kat sana panggil “Satay Pencawang”. Ada juga yang panggil “Satay Telekom”.

Bila nak dibawa masuk ke pasaran di Kajang dan Putrajaya, nama “Satay Pencawang” atau “Satay Telekom” tu nampak macam tak berapa menarik. Dia pun tukar jadi nama Satay Menara.

Gerai Satay Menara di Restoran Zingy Otak-Otak

Harga Satay Menara ni secucuk 80 sen. Satay arnab pula RM2. Tak mahal sangat lah.

Cuma kalau boleh Sue rasa kena besarkan sikit lagi daging satay tu. Baru lagi sedap nak makan. Kalau nak bandingkan dengan Satay Kajang, rasanya Satay Menara ni lagi sedap. Satay Kajang sekarang ni dah tak sesedap dulu.

Satay Menara VIP Club

Satay Menara juga ada tawarkan keahlian sebagai VIP Member. Pendaftaran adalah percuma. Apa yang bestnya bila jadi VIP Member ni boleh dapat pelbagai tawaran istimewa daripada Satay Menara, antaranya seperti makan satay secara percuma.

Untuk mendaftar senang je, hanya perlu hantar SMS.

  • Taip VIP <NAMA ANDA> <NO. IC>
  • Hantarkan ke nombor 016-640 5445
  • Tunggu mesej respon daripada Satay Menara

Senang kan?

Satay Menara VIP Club Member

Gerai Satay Menara dibuka setiap hari kecuali hari Khamis. Waktu operasi bermula jam 7.00 petang hingga 12.00 malam. Kalau rasa nak rasa makan Satay Menara bolehlah singgah gerai Satay Menara di lokasi berikut:

CAWANGAN JALAN REKO, KAJANG
No. 21, Jalan Hentian 6, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang
Tel: 013-262 2947

CAWANGAN PUTRAJAYA
No. 1284, Jalan P9B1/2, Presint 9, 62250 Putrajaya
Tel: 019-353 3873

CAWANGAN BATU PAHAT, JOHOR
TKS 10, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
Tel: 019-781 0272

Hazman Fadzil, Food Blogger Popular bergambar dengan pemilik Satay Menara

Jangan lupa LIKE FB Satay Menara dan FOLLOW Instagram Satay Menara.

Smile in each bite” – tagline Satay Menara.

7 Comments

    • terima kasih jugak sebab ajak join makan satay menara ni.. kalau ada rezeki buat food review kat tempat lain, jemput lah lagi ek.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *