Walaupun ulangtahun kelahiran sue dah lama lepas, tapi baru sekarang en. suami bagi hadiah. Happy sangat-sangat.. Thanks ye.
Tak jangka pun en. suami nak bagi hadiah sebab dia jarang sekali bagi hadiah. Paling tidak pun dia akan bagi kad je.. Tak tahu nak beli hadiah ape katanya.
Bagi sue, tak bagi hadiah pun takpe. Ingat dan wish pun dah cukup terharu. Tapi kalau nak bagi, sue ambil je. Laaagi terharu.. Hehe
Al kisahnya, habis kerja hari ahad yang lepas tiba-tiba en.suami ajak gi survey komputer desktop. Dok pusing-pusing cari kedai komputer kat area kajang dan bangi takde pulak yang bukak.. ooo… lupa, hari ahad.. patut la. huhu.. Kalau ada yang bukak pun mesti half day je.. kitorang pegi pun dah petang.
Punya la en.suami beria-ia nak jugak survey maka sampailah kitorang ke The Mines (sanggup tu.. ingatkan jauh, rupanya dekat je dari umah kitorang). Kat shopping mall memang dah tentu-tentunya bukak walaupun hujung minggu.
Setelah keluar masuk banyak kedai akhirnya dia buat keputusan nak beli terus. aik!! bukan ke tadi cakap nak survey je dulu, nanti-nanti baru nak beli.. hurmm..
Dan… suprise!! Komputer desktop tu untuk sue.. hadiah birthday katanya.. patut la 2 3 hari sebelumnya asyik dok tanye nak Tab ke Desktop? ini sebabnya..
Dia cakap belikan desktop ni sebab tak nak sue rasa boring dok kat umah sorang-sorang time dia gi kerja. Almaklumlah kitorang ni kerja cuti hari tak sama.
Mekasih banyak-banyak kat en.suami sebab belikan desktop yang memang sue dah lama sangat nak (walaupun dah lewat sebulan lebih).
Kenapa desktop bukan laptop? sebab dah boring asyik guna laptop je.. kat umah ngadap laptop, kat ofis pun bos bagi laptop jugak.. dan, memang dari dulu lagi sue lebih suka desktop berbanding ngan laptop.. sebab tahan lasak skit kot
i wish dapat dekstop gak , dengan meja ala2 pejabat , kerusi yang empuk satu di rumah huuuu~ 😆
@puanbee, moga akak dpt apa yh dihajatkan tu .. aaamiinnn.. baru best skit blogging kan.. sue pn tringin gak nak camtu, tp apakan daya, xde masa sangat dgn desktop, biar la dulu.. next time maybe.. hehe
Hurmm… kedai komputer kat PLAZA METRO KAJANG tu bukak je ari2x… saya selalu la cari barang kat situ…sebab kebetulan parent tinggal kat sg chua je pun….hehehehe
@hazman aka species1980, laa.. ada ke kedai komputer kt metro kajang tu.. xprasan plak.. :blink:
kita pn dok sg.chua gk.. ntah2 jiran tak.. hehe
Kalau berkemampuan atau dah ada laptop, better guna desktop kat rumah. Memamg lagi puas hehe.
@Affan, stuju.. desktop mmg the best.. 😎