Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Sepetang-Bersama-Blogger-2013-banner

Sepetang Bersama Blogger 2013 merupakan fenomena terhebat tahun ni bagi para blogger.. tak kira yang baru, yang lama mahupun yang dah femes dan berjaya. 2 3 hari ni banyak blog yang update pasal Majlis #SBB2013 yang meriah tu. So, tak perlu la kot sue ceritakan lagi kemeriahan majlis tersebut sebab dah banyak blog memperkatakan tentangnya (baca dari sana la ye).

Untuk pengetahuan semua, inilah pertama kali sue menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Memang seronok sangat. Tambah-tambah lagi sue berpeluang menjadi salah seorang sukarelawan untuk majlis yang grand ini. Boleh la kenal team Denaihati Network (segan gile kot ngan diorang).

orang kuat SBB2013
Denaihati, Eizil, kak huda & kak sweet kurma

Sebelum Majlis #SBB2013

Sebelum tu mesti ada yang nak tahu kan, kenapa sue nak jadi sukarelawan? Sebab… tak suka duduk saje-saje tanpa wat pape, cepat boring.. yela, en.suami dah tentu-tentunya busy dengan kerja dia sebagai AJK majlis ni, memang takde masa nak temankan sue. So, sue tolong lah apa yang patut sambil mengisi masa yang terluang tu.. dapat gak la ringan tugas AJK yang sedia ada.

Lagi.. sebab sue ni pemalu dan penyegan orangnya. Kalau dok wat keja tak perlu la cakap banyak kan.. just fokus wat keja jela (taktik ni.. hehe). Tapi nak wat camne, tugas kali ni menyebabkan sue terpaksa buat-buat tak malu dan kacau diorang yang tengah busy, sebab banyak benda yang sue nak konfemkan ngan diorg. Terasa macam sue ni over plak.. huhu.. Sori la ye Kak Huda, Kak Sweet Kurma ngan Eizil sebab sue banyak sangat kacau keja korang hari tu.

hadiah cabutan bertuah & goodie bags SBB2013
siapkan hadiah cabutan bertuah dan goodie bags

Semasa Majlis #SBB2013

Ketika majlis sedang berlangsung sue ditugaskan menguruskan meja hadiah cabutan bertuah dan lain-lain hadiah. Memang agak mencabar skit sebab banyak sangat hadiah yang perlu disusun mengikut kategori yang telah diberitahu oleh pihak penganjur. Ada 71 hadiah kesemuanya (gile banyak).

Karl Shafek MC SBB2013
Meja hadiah belakang MC Karl Shafek

Nak kena betul-betul teliti masa nak bagi hadiah tu, takut tersalah bagi. Hampir-hampir nak tersalah bagi, nasib baik sempat diselamatkan. Terkejut yang amat time tu. fuhhh..

iPad Mini SBB2013
iPad mini adalah antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan

Antara Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

kemeriahan SBB2013
Suasana di dalam dewan Hotel Singgahsana PJ
peserta SBB2013
Blogger-blogger hebat

Selepas Majlis #SBB2013

Sue rasa amat seronok sekali sebab berjaya menjalankan tugas sebagai sukarelawan sehingga selesai majlis. Diharapkan pihak Denaihati Network berpuas hati dengan kerja sue sepanjang majlis tersebut.. 🙂

Rasanya sue juga dah makin kurang rasa segan ngan team Denaihati Network (tapi still ada lagi la perasaan segan, malu tu.. maklumlah tak biasa). Ingat mula-mula jumpa dulu memang tak berbual sangat, senyum je lebih.. segan la katakan. Sekarang? dah brani la nak gurau-gurau kat FB tu.. depan-depan segan lagi kot.. hehe

Nota: Kebanyakan gambar dalam entri ni sue ambil dalam blog peserta-peserta SBB2013 sebab tak sempat nak ambil sendiri gambar pada majlis tu (agak busy dengan tugas).

Credit gambar: Melastik Bintang, dan lain-lain blog.. sori dah lupa blog yang mana.. harap tak kisah la ye sue copy. tapi kalau kisah boleh tinggalkan komen kat bawah, nanti sue update bagi link ke blog yang terlibat.

20 Comments

    • @akubiomed, sama2 kasih.. kami hanya menjalankan sedaya upaya untuk memastikan majlis berjalan ngn lancar. Alhamdulillah dapat selesaikan tugas hingga habis majlis. Banyak pengalaman baru kami dapat.

      Terima kasih gak sebab hadir memeriahkan #SBB2013 kali ni.

    • @Kujie, tu la.. xsempat nak sembang2 ngn kak jie, ngn blogger lain.. tp best la dgr suara kak jie, lembut manja gtu.. hehe.. mekasih gak sbb share ilmu blogging ngn kami sume.. mmg sgt berguna.. 🙂

    • @Mak Dara, tersangat lah awesome.. cuma sue je yg xbrapa nk awesome sebab tak sempat nak beramah mesra dengan blogger2 yang datang.. mak dara pn sue tgk dr jauh je.. segan kot nak tegur.. :blush:

  1. OWWHH… ada gambar kandid masa saya tengah makan tu…. hehehehe… Anyway SBB 2013 kali ini saya katakan ianya BERJAYA dari segi penganjuran dan motif untuk eratkan hubungan antara blogger … :biggrin:

  2. Ok lah tu, better jadi AJK tolong apa2 daripada dok diam ja. Lagipun Anarm tu mmg Team Denaihati kan?

    Banyaknya hadiah sampai 71 hohoho.

    Harap2 event macam ni dapat diadakan pada tahun2 akan datang.

    • @Affan Ruslan, yup.. anarm mmg team denaihati. tu yang terfollow anarm gi awl sebab die nak setup event tu.. dah sampai awl xkan nk dok diam kot.. better wat keja, tlg ape yg ptt.

      hadiah memang banyak smpai sue 4 5 kali check takut tersalah bagi. In shaa Allah akan ada lg kot tahun2 seterusnya kalau tgk dr sambutan event kali ni. 🙂

      eh, Affan ada join tak hari tu? sue mmg xknal sangat blogger2 ni.. kurang aktif kt blog, FB pn kadang2 je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *