Pagi semalam tengah sibuk-sibuk buat kerja kat ofis tiba-tiba encik suami WhatsApp ajak pergi Media Screening filem Lawak Ke Der 2 kat GSC Alamanda Putrajaya, pukul 8 malam. Dapat tiket free katanya.
Mulanya ingat tak nak pergi, risau tak sempat sebab Sue habis kerja pun dah agak lewat. Tapi encik suami dah book tiket terpaksa la pergi jugak.
Habis je kerja cepat-cepat bergegas balik. Risau juga takut tak sempat. Dengan trafik jem bagai sebab semua pakat nak balik kerja kan. Baju pun tukar dalam kereta je (takkan nak tengok wayang pakai uniform kerja kot).
Nasib baik semalam pakai tudung dari Kedai Kak Siti, senang nak pakai. Tengah nak cepat camtu memang memudahkan kerja nak bersiap, tak perlu ambik masa banyak. Cuma sarungkan je tudung tu, dah siap.
Alhamdulillah kitorang sempat sampai walaupun lewat beberapa minit dari masa yang dijanjikan. Nasib baik juga filem belum start tayang.
Blogger lain yang ada kat situ Dkna, Kak Sha, Nadot dan Shakiddo.
Lepas tu encik suami pergi register nama, Sue pulak pergi beli pop corn dan air. Lapar kot tak sempat makan malam lagi.
Bila masuk je dalam panggung wayang, rupanya diorang ada sediakan air dan pop corn. Sue first time join event macam ni. Mungkin sebab media screening, so diorang kena la sediakan makan minum untuk penonton. Boleh buat alas perut sambil-sambil menonton tu.
Harith Iskandar dan Hans Isaac pun ada tengok wayang sekali.
Review Lawak Ke Der 2
Lawak Ke Der 2 yang diterbitkan oleh Tall Order Productions (syarikat milik Hans Isaac) memang berbaloi untuk ditonton bagi mereka yang nak release tension dan mereka yang memang sukakan lawak. Memang lawak giler.
Penat pipi, senak perut dok gelak, terutamanya part lawak Harith Iskandar yang juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy..
Lawak Harith Iskandar yang selamber dan penuh dengan fakta memang realiti berlaku dalam hidup kebanyakan orang. Tentang Facebook, tentang teh ais, tentang polis, tentang pakwe dan makwe, memang sangat kelakar.
Lawak Nabil pulak menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya.
Lawak Ke Der 2 bermula dengan aksi tarian daripada Nabil yang memakai seluar terlondeh sampai ke kaki. Dah la seluar ketat. Lepas tu dia menari Gangnam Style (Lawak Ke Der Style).
Boboi dan Jozan juga tak kurang hebatnya. Boboi dengan lawak kisah hantu pontianak dan kisah dalam kapal terbang. Jozan pulak dengan lawak kisah cinta 3 segi.
Memang kelakar giler diorang semua. Masing-masing ada cara tersendiri untuk berlawak.
Lawak Ke Der 2 ni memang kelakar giler sampai dah habis cerita pun Sue dan encik suami tak habis gelak lagi dalam kereta masa on the way balik rumah. Hehe.
Nak tahu apa yang kelakar sangat dalam Lawak Ke Der 2, bolehlah pergi saksikan Lawak Ke Der 2 di pawagam-pawangan berhampiran pada 7 Mac 2013.. hari ni..
Selamat menonton.
Komen: Mula-mula tu ingatkan filem Lawak Ke Der 2 ni macam scene filem-filem biasa (ada jalan cerita/skrip), rupanya rakaman pementasan. Kiranya kat atas pentas jela diorang shooting. Dari segi lawak memang terbaiklah. Dari segi video macam tengok rakaman kat youtube je, cuma lebih eksklusif sebab tengok di skrin besar pawagam dengan video berdefinisi tinggi.