Beberapa hari lepas Sue berkesempatan makan malam bersama encik suami dan beberapa blogger lain di Kenny Rogers Roasters.
Makan malam ditaja sepenuhnya oleh pihak Kenny Rogers bagi memperkenalkan menu baru diorang iaitu “Cheezy Rice Treasure”.
Kebetulan pulak event kali ni dekat dengan tempat keja Sue dan dengan timing yang sesuai dapat la Sue join skali.
Rezeki dapat makan malam di Kenny Rogers.
Cheezy Rice Treasure daripada Kenny Rogers Roasters sekarang ni merupakan menu yang menyelerakan hasil campuran makanan laut atau daging, aromatic rice, brokoli dan keju mozzarella yang dibakar sempurna.
Ada 2 pilihan menu Cheezy Rice Treasure ni iaitu Seafood Royale dan Beef Supreme.
Setiap pilihan set disertakan bersama 2 side-dishes dan 1 Kenny’s Home-made Muffin dengan harga RM18.50.
Kalau nak ala-carte pun boleh. Harga untuk ala-carte cuma RM13.50.
Siapa yang penggemar keju boleh try Beef Supreme. Boleh rasa keju masa makan tu. Seafood Royale pulak memang kaya dengan seafood-seafood di dalamnya.
Tambah sedap bila ada brokoli. Menu yang menyihatkan bila ada Fruit Salad, Coleslaw dan pelbagai jenis side dish lagi yang boleh dipilih.
Minuman pulak ada 2 pilihan untuk menu Cheezy Rice Treasure ni iaitu Choco Garden dan Latte Garden.
Choco Garden dengan rasa coklatnya, manakala Latte Garden dengan rasa kopinya. Memang sedap.
Kalau ikut selera Sue, Sue suka Seafood Royale dengan Air Choco Garden. Sedap, mengenyangkan dan harganya pun sangat berpatutan.
Next time kalau tak tahu nak lunch kat mana time working day Sue dah ada pilihan baru. Boleh cadangkan geng-geng ofis Sue pergi makan kat Kenny Rogers.
Contest Cheezy Rice Treasure di Facebook, Twitter, Instagram
Kenny Rogers Roasters juga ada anjurkan contest untuk pengguna Facebook, Twitter dan Instagram. Hadiah misteri menanti setiap minggu untuk 2 orang pemenang. Best tuu..
Cara nak join contest ni senang je. Ambil gambar tengah makan menu Cheezy Rice Treasure kemudian postkan gambar tu ke Facebook, Twitter dan Instagram beserta hashtag #CheezyRiceTreasure.
Untuk gambar yang dihantar ke Facebook jangan lupa tag FB Kenny Rogers Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari website rasmi KRR Malaysia, dan jangan lupa LIKE sekali fan page Kenny Rogers Roasters Malaysia.
Memang tak dapat dipungkiri kelezatan masakan dari Kenny rogers
laaaaaaa… sagitaurus… baru ku tahu laki bini ada blog.. hebat!!!
@KiD, laaaaaa…. Shakiddo ngan Hazman Fadzil… baru ku tahu blogger adik beradik.. hebat!!.. :w00t: :biggrin: