Lama betul tak update blog ni. Sue minta maaf banyak-banyak. FYI, sekarang ni Sue busy sikit dengan kerjaya baru. Entri yang Sue tulis sebelum ni semuanya ditulis time Sue ada masa terluang.
Memang banyak sangat masa terluang sebelum ni. Tapi sekarang jadual blogging dah berubah sejak dapat kerja baru. Sebab tu lama tak update blog. Tak sempat.
Kerja baru sekarang ni dalam bidang pendidikan. Dah lari bidang dah. Daripada kerja grafik, sekarang buat kerja cikgu cikgu pulak. Hehe..
Tapi kadang-kadang tu ada jugak la kerja grafik yang Sue kena buat. Seronok sangat kerja kat sini. Gaji pon best.
Boss tempat Sue kerja ni orang Jepun. Company based di Jepun dan tempat Sue kerja ni pulak cawangan di Malaysia. Sue jadi assistant kepada cikgu-cikgu otai yang ajar budak-budak untuk guna otak kanan (Right Brain Stimulation).
Korang tau fungsi otak kanan dan otak kiri?
Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri
Otak Kanan
Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian.
Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).
Otak Kiri
Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik.
Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Kalau korang nak tau, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri. Tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.
Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan.
Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.
Latihan Merangsang Otak Kanan
Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat.
Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
- Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
- Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
- Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
- Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
- Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.
Kaedah-kaedah ni kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan.
Buat selama setengah jam sehari pon dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat antara ibu bapa dengan anak-anak, kan?
Rasa-rasa, kalau kaedah ni cuba buat dengan suami atau isteri, macam mana ek? Boleh jadi bertambah intim kot. Huhu..
boleh tak nak buat kat anak 9 tahun ? ermm kalau melukis mewarna , membaca , teka teki tu memang biasa dah .. akk nak anak akk cepat tangkap apa yg di ajar tu , ada cara tak ?
@puanbee, ermm.. klu dh umur 9 tahun ssh skit nk latih otak kanan sebab die boleh berfikir sendiri.. klu kita ajar pape die mesti bnyk fikir.. fikir cari reason knpa itu kenapa ini.. klu dok kenapa kenapa tu maknanye die tgh guna otak kiri.. tp xpe, nnt sue try tnye pd yg lebih pakar ada cara tak nak atasi masalah anak akak ni..
sukany blog ni
Sgt membantu:) thanks
:wub:
nice info, byk yg bermanfaat kat blog nie.. thanks..
Macam saya adalah kidal boleh dikatakan otak kanan lebih banyak digunakan berbanding otak sebelah kanan. Bagaimana saya hendak optimum kelebihan ini?
hai sue, rupanye org dwasa susah sket nk dilatih ye..
:ermm: tgh fikir, buat keje cikgu cikgu mcm sue ni pakai otak kiri ke kanan..
@fairuz, cikgu yang mengajar guna otak kiri kot.. otak kanan pon guna jugak.. time imagine sesuatu, time tu guna la otak kanan..
Salam Kenal.
Susah juga ni nak bagi latihan untuk meransang otak kanan, perlukan banyak masa untuk membuat ni semua kan? Tapi melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
@Sabahan Bloggers Club, banyak masa jugak untuk rangsang otak kanan ni.. tapi kalau gunakan cara yang betul, mungkin boleh speed sikit masa tu.. kalau otak kanan dah aktif, kita akan jadi ‘cepat tangkap’ sesuatu perkara yg diajar..
melentur buluh biar dari rebungnya.. betul tu.. kalau buluh dah tua, memang susah nak lenturkan..
salam…,thank..menambhkan pegetahuan tentang otak
@joev, waalaikumussalam.. sama2.. just berkongsi info je dengan pelawat.. harap ada input yg boleh dapat dari hasil tulisan ni.. terima kasih kerana melawat.. :happy:
cool info~
bagus berguna ble ade anak nanti~hehehe :ninja:
@fadzioriq, ha’ah.. nanti dah ada anak boleh latih anak guna otak kanan.. besar nanti boleh jadi lagi pandai..
wahh..potensinya otak kanan kita nih.. :happy:
@titan, memang otak kanan lagi kuat potensi dia daripada otak kiri.. kalau otak kanan aktif, potensi tu dia boleh salurkan juga ke otak kiri.. dr apa yang Sue belajar kat tempat kerja, otak kanan kita bila sampai satu masa dia akan stop dan kita akan lebih byk guna otak kiri.. kalau kita latih guna otak kanan, kita boleh stabilkan potensi otak kita.. hebat kan? :happy:
kompius la dgn otak sendiri 😛
Terkini :
@suffer8zine, aik.. pelik tu.. stress kot.. hehe..
@Suraya,
heheh barangkali
eden rase eden gune otak kiri sbb time tgh drive kete pn blh termengelamun…hhu :sleeping:
@haru, mengelamun tu guna otak kanan.. imaginasi.. bermimpi.. bahaya tu.. jgn amalkan.. 🙂
EQ! kan kan..
best kalau dapat job dengan company besar ni
tapi sendiri mau ingat, kita kena bukak skop pemikiran lebih luas kalau nak kerja dengan diorang
~berfikir di luar kotak~ :biggrin:
@syahrilhafiz, yup.. EQ.. otak kiri IQ.. pandai pon.. hehe.. betul2.. tapi kerja kat company kecik pon kita kena bukak skop pemikiran luas2 jugak.. kena tunjuk potensi diri dan kualiti kerja baru senang naik pangkat @ naik gaji.. cuma kat company besar ni kene luaskan lagi la skop tu.. semua org boleh buat.. betul tak? :happy:
@Suraya, :whistle: :whistle: biasa kita, dua2 otak jalan tapi malas..haha
betul3, tak kira dimana berada, semua mesti struggle baik punya.. :biggrin:
@syahrilhafiz, malas tu lagi kuat.. memang takleh buat apa la kalau dah malas..
waahh.. nak kene berlatih jugak ni.. baru boleh jadi pandai.. :w00t:
@Anarm, nanti kita berlatih sama2.. hehe.. :tongue:
nice info..