Minggu lepas Sue shopping online di Nile.com.my. Dapat tahu laman web Nile.com.my daripada Kak Yanmie.
Tengok status Kak Yanmie macam seronok je dia shopping online kat situ.
Bila Sue buka laman web Nile.com.my, tengok harga barang-barang yang dijual kat situ rasa macam murah sangat harga dia.
Terus cari dan beli 4 helai baju sebab dah kekurangan baju nak dipakai. Hehe.
Apa yang best tentang Nile.com.my ni adalah dia punya penghantaran yang sangat cepat.
Lepas Sue order dan bayar baju yang Sue nak, dalam masa 1 hari je barang tu dah sampai ke tangan. Tak lambat macam pengalaman shopping kat online shop lain sebelum2 ni. Penat menunggu barang sampai.
Tapi dengan Nile.com.my barang yang diorder cepat sampai.
Tempoh penghantaran antara 1-3 hari waktu bekerja (bergantung pada lokasi) dengan menggunakan Perkhidmatan Courier Kangaroo Express. Bagi yang di Sabah / Sarawak amik masa dalam 3-5 hari waktu bekerja.
Maklumat lanjut tentang cara beli barang di Nile.com.my, cara pembayaran, servis penghantaran dan sebagainya boleh tengok DI SINI.
Alhamdulillah, baju yang Sue beli semua muat untuk pakai. Beli baju online ni risau tak muat je sebab saiz-saiz baju bukan semuanya sama. Kadang2 baju yang saiz XL pun kecik macam saiz M.
Nasib baik Nile.com.my ada bagi ukuran tepat saiz baju yang dijual. Sebelum beli baju tu Sue ukur dulu tengok sesuai tak dengan saiz badan.
24 Jam Cash on Delivery dengan Nile
Nile.com.my juga ada sediakan khimat penghantaran 24 jam Cash on Delivery (COD) tapi cuma untuk kawasan2 tertentu saja. Boleh semak kawasan liputan 24 jam COD di page INI.
Selain baju wanita dan baju lelaki ada banyak lagi barang lain yang dijual di Nile.com.my seperti barangan penjagaan kulit, beg, kasut, barangan sukan, barangan bayi, perabot dan macam2 lagi.
Encik suami pun ada beli barang kat Nile. Dia beli meja comel untuk laptop dia.
Lepas ni nak tengok-tengok lagi barang apa yang menarik di Nile.com.my.
Kadang-kadang ada sale dengan diskaun hebat. Kena subscribe newsletter Nile.com.my supaya tak ketinggalan bila ada jualan murah kat situ. Diorang akan bagitau melalui email..
fuh, beli meja online tu..
Kebetulan ternampak meja tu dalam online shop dia terus beli..
best shopping online yang penting boleh dipercayai and tak tertipu…..
nak shopping baju kurung raya 2013 pulak cuba sini on.fb.me/16WYDHL
haha stulo giler meja tuh~
belajnje la 1 ~ :whistle: 😎
Meja tu dalam RM50 je siap hantar sampai rumah.. :whistle: