Hati Seorang Wanita

Lamanya tak update blog ni. Asyik sibuk dengan kerja. Hari-hari mengadap kerja je. Ada masa free pon tak sempat nak update blog.

Ni ada masa terluang sikit, curi la masa sekejap update blog. Hehe..

Tapi takda apa-apa idea nak mengarang. So, just copy paste entri daripada blog lama yang dah jadi sampah sarap kat alam maya.

Hati seorang wanita

Hati Seorang Wanita

    • Sensitif
      Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
    • Cerewet
      Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang-kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
    • Halus
      Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
    • Ikhlas
      Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
    • Korban
      WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
    • Prihatin
      Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
    • Manja
      Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
    • Ego
      WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ke tepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
    • Cinta
      CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  • Seks
    SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada 1 saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

5 Comments

  1. You have definitely summed up everything. A man may be complex but a woman, is a many complex things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *